`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 20, 2025

Persatuan bantah cadangan dakwa pemilik premis jika penyewa kendali pusat scam

 

sale banner
Persatuan kata perjanjian sewa sudah menetapkan penyewa supaya guna premis hanya bagi tujuan yang tidak menyalahi undang-undang.

PETALING JAYA
Persatuan hartanah dan perniagaan membantah cadangan Bukit Aman untuk mempertanggungjawabkan pemilik jika penyewa mengendalikan pusat panggilan ‘scam’ di premis mereka.

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia, Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia, Persatuan Pusat Beli-Belah Malaysia, dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia berkata penguatkuasaan undang-undang harus kekal sebagai tanggungjawab agensi penguatkuasaan.

“Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap pihak berkuasa penyiasatan jenayah dan kepakaran mereka dalam mengenal pasti dan menangani aktiviti jenayah,” menurut kenyataan bersama.

Persatuan itu berkata mengesan operasi penipuan memerlukan kemahiran khusus dan alat penyiasatan, yang tidak dimiliki oleh tuan tanah, pemilik hartanah, dan badan pengurusan.

“Adalah tidak logik dan tidak praktikal untuk mempertanggungjawabkan mereka kerana kami tidak berada pada kedudukan dan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memantau dan/atau mengawal aktiviti haram.”

Pada 5 Mac lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ramli Yoosuf berkata pemilik premis, badan pengurusan bersama (JMB) dan syarikat kawalan keselamatan di premis yang dikesan dijadikan pusat kegiatan jenayah, termasuk sindiket penipuan, boleh disiasat serta didakwa kerana bersubahat.

Menurutnya, polis mendapat maklumat bahawa sebahagian syarikat kawalan keselamatan dan pihak pengurusan bangunan memang mengetahui kewujudan aktiviti jenayah atau mencurigakan di kondominium mereka tetapi ia sama ada dilindungi atau tidak dilaporkan, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, persatuan menegaskan bahawa perjanjian penyewaan sudah menetapkan penyewa supaya menggunakan premis hanya bagi tujuan yang tidak menyalahi undang-undang.

“Ini adalah kewajipan undang-undang yang jelas menyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan antara pihak yang berkontrak, berdasarkan prinsip suci hati, yang akan melindungi penyewa dan tuan tanah sambil meminimumkan aktiviti haram.”

Oleh itu, empat persatuan itu menggesa cadangan polis itu ditarik balik serta-merta.

“Kami percaya pihak berkuasa akan nampak penyelesaian yang sebenar dan praktikal kepada situasi itu dan bertindak sewajarnya untuk memastikan aktiviti penipuan dihalang secepat mungkin.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.