`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 20, 2025

Persatuan gesa pelepasan cukai penjagaan kanak-kanak naik ke RM5,000

 

Free Malaysia Today
Langkah menaikkan had pelepasan cukai boleh galak ibu bapa pilih pusat jagaan kanak-kanak berdaftar, menurut Persatuan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Malaysia. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Kerajaan digesa meningkatkan kadar pelepasan cukai penjagaan bagi kanak-kanak daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi meringankan beban keluarga pada Belanjawan 2026.

Persatuan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Malaysia (PPJKKM) turut mencadangkan pelepasan cukai juga diberikan bagi penjagaan individu berusia 7 hingga 18 tahun ke pusat jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusinya Simon Ng berkata pelepasan cukai sedia ada hanya terhad kepada ibu bapa menghantar anak berumur enam tahun ke bawah ke taska dan tadika berdaftar.

“Kami cadangkan kerajaan perluas pelepasan cukai kepada ibu bapa menghantar anak berumur 7 hingga 18 tahun ke pusat jagaan berdaftar dengan JKM.

“PPJKKM percaya langkah itu dapat galakkan lebih ramai ibu bapa memilih pusat jagaan kanak-kanak berdaftar sekali gus memastikan anak-anak mendapat penjagaan berkualiti dan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, pihaknya mengajak ibu bapa untuk menandatangani petisyen terbabit menerusi pautan ini.

-FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.