`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 20, 2025

Projek rintis sekolah bertingkat akan dilaksana tahun ini

 

sekolah rendah
Kementerian Pendidikan umum projek rintis sekolah bertingkat akan dilaksanakan tahun ini.

PETALING JAYA
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan projek rintis sekolah bertingkat akan dilaksanakan tahun ini, bagi menangani isu kepadatan sekolah terutama di kawasan berkepadatan tinggi.

Projek rintis bakal dilaksanakan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Putrajaya, menurut kenyataan.

Katanya lagi, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik korporat.

Pengumuman ini menyusuli mesyuarat pengurusan tertinggi KPM bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang memberi tumpuan antaranya kepada keperluan yang perlu dilaksanakan segera.

Pada 9 Feb lalu, Menteri Fadhlina Sidek berkata kerajaan meluluskan pembinaan 44 sekolah menerusi Belanjawan 2025, bagi memenuhi keperluan dan menangani isu sekolah padat.

Beliau mengulas rungutan ibu bapa di laman sosial mendakwa jumlah murid darjah satu sehingga 50 orang dalam satu kelas di beberapa sekolah bandar.

Pada 11 Feb lalu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Mohamad Ali Hassan, mencadangkan kerajaan membina kelas secara menegak, dengan menambah beberapa tingkat pada bangunan sedia ada memandangkan kepadatan ruang menyukarkan penambahan bangunan secara mendatar.

Tidak lama kemudian, pada 18 Feb, Dewan Rakyat diberitahu Dewan Rakyat bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bercadang membangunkan sekolah dengan konsep menegak, menempatkan bangunan dua blok dengan kapasiti antara 10 hingga 17 tingkat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dilapor berkata syor itu bagi memenuhi keperluan tanah terhad serta pertambahan penduduk di ibu negara.

Namun, pada 26 Feb, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Fouzi Singon, menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan pelajar dan guru di bangunan sekolah bertingkat yang tinggi, termasuk risiko berkait kesesakan terutama dalam keadaan kecemasan.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan, Noor Azimah Abdul Rahim, pula berkata ibu bapa hanya akan menyokong inisiatif sekiranya keselamatan anak terjamin.

Beliau berpandangan sekolah bertingkat mungkin sesuai untuk pelajar sekolah menengah, yang berkemungkinan lebih cenderung mematuhi prosedur pemindahan berstruktur.

Rahman Hussin, seorang perancang bandar yang juga ketua pegawai strategi My Mobility Vision, memberi amaran bahawa menempatkan ribuan pelajar dalam satu struktur menegak mampu mengakibatkan masalah kesesakan lalu lintas teruk.

Bagaimanapun, masalah itu dapat diselesaikan menerusi integrasi sekolah dengan rangkaian pengangkutan awam serta melaksanakan waktu permulaan sekolah secara bergilir, katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.