`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 22, 2025

PSM umum tanding PRK Ayer Kuning

 

Free Malaysia Today
Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia hilang deposit pada PRU15 di DUN Ayer Kuning.

PETALING JAYA
Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan bertanding pada PRK Ayer Kuning, bulan depan, kata Timbalan Pengerusinya S Arutchelvan.

Arutchelvan berkata kerusi itu pernah ditandingi parti terbabit pada PRU15 lalu- menyaksikannya calonnya Bawani KS hilang deposit selepas hanya memperoleh 586 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Menurutnya, penyertaan PSM dalam PRK berlangsung 26 April itu akan menjadi pengukur sama ada sokongan kepada parti terbabit semakin bertambah atau sebaliknya.

“Meletakkan calon dalam PRK akan memberikan rakyat membuat pilihan alternatif selain daripada terpaksa memilih antara dua pilihan utama kini iaitu Barisan Nasional (BN)/Umno atau Perikatan Nasional (PN)/PAS.

“Ramai berpandangan pemilihan antara lesser of the two evils (memilih parti yang kurang mudarat).

“Penampilan PSM memberikan peluang kepada pengundi untuk memilih parti berdasarkan merit dan prinsip,” katanya dalam kenyataan.

SPR turut menetapkan 12 April depan sebagai penamaan calon manakala undi awal 10 hari kemudiannya.

PRK Ayer Kuning membabitkan 31,897 daftar pemilih hingga 22 Feb iaitu 31,315 pengundi biasa serta 582 anggota polis dan pasangan.

Kerusi DUN Ayer Kuning kosong susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb.

Pada PRU15 November 2022, beliau mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertembungan lima penjuru. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.