
Peringatan itu diberi Ketuanya Bung Moktar Radin bagi menjawab kenyataan Shahelmey berhubung pengumuman Ketua Umno Putatan Jeffrey Nor Mohamed sebagai calon BN di kawasan terbabit.
Pengumuman itu dibuat Bung Moktar pada Oktober tahun lalu.
Ahad lalu, Timbalan ketua menteri Sabah itu dilaporkan berkata perkara berkenaan hanya ‘diumumkan’ dan watikah sebagai calon dikeluarkan BN menjelang PRN.
“Umno Sabah dan Barisan Nasional Sabah tidak pernah terfikir untuk meletakkan dia sebagai calon.
“Tidak perlu dia tanam cita-cita tinggi,” kata Bung Moktar kepada FMT sambil menegaskan Umno enggan memilih individu dianggap tiada kesetiaan.
Beliau turut menyatakan Umno sedia berdepan Shahelmey yang membayangkan kemahuannya mempertahankan kerusi Tanjung Keramat, dimenanginya atas tiket BN pada PRN lima tahun lalu.
“Kalau dia bertanding parti lain, silakan. Umno bersedia berhadapan dengannya bila-bila masa,” katanya.
Pada Mac 2023, Bung Moktar mengumumkan keahlian Shahelmey digantung difahamkan kerana tindakannya tidak senada dengan pendirian Umno Sabah pada episod ‘Langkah Kinabalu’.
Shahelmey mengekalkan sokongannya kepada Hajiji Noor sebagai ketua menteri, selepas Bung mengumumkan BN Sabah menarik balik sokongan pada 7 Jan tahun sama. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.