Zahid Hamidi berkata, penangguhan perlu dibuat agar RUU diperkukuh dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, penangguhan itu perlu bagi memastikan RUU berkenaan diperkukuh dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan dalam konvensyen tersebut.
“Penangguhan itu dibuat kerana rang undang-undang (PSB) yang ada perlu mengambil kira 14 saranan melalui konvensyen anjuran Umno yang disertai oleh banyak NGO, ahli-ahli perusahaan dan juga individu yang mahu memperkukuh URA sebelum ia dibentangkan semula di Parlimen pada sidang yang akan datang,” kata Zahid yang juga presiden Umno.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Makan Malam Perdana sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia hari ini, lapor Bernama.
Awal hari ini, jurucakap kerajaan perpaduan Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Jemaah Menteri memutuskan untuk menarik balik RUU PSB bagi tujuan penambahbaikan, sebelum dibentangkan semula kelak.
Beliau dilaporkan berkata, langkah itu diputuskan selepas mengambil kira pandangan Ahli Parlimen yang menyuarakan kebimbangan mengenai RUU tersebut, anggota Jemaah Menteri, serta ‘rakan-rakan Umno’.
Susulan itu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beberapa pindaan pada RUU terebut perlu diperhalusi seperti dicadangkan Jawatankuasa Khas Umno Mengenai PSB.
Pada 3 Okt tahun lepas, Konvensyen PSB Umno dipengerusikan Johari Ghani mengusulkan tiga resolusi utama, termasuk 14 cadangan khusus bagi menutup kelemahan ketara dalam draf RUU PSB dibentangkan sebelum ini. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.