`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

1 JUNE 2026

Thursday, June 11, 2026

Selat Hormuz ditutup sepenuhnya, kata tentera Iran

 Laluan itu ditutup kepada semua lalu lintas termasuk kapal tangki minyak dan kapal komersial.

Strait of Hormuz
Tentera Iran umum penutupan penuh Selat Hormuz kerana pencerobohan AS, sambil memberi amaran ‘sebarang pergerakan’ melaluinya akan menjadi sasaran. (Gambar EPA Images)
ISTANBUL:
Ibu pejabat tentera Iran pada awal Khamis mengumumkan penutupan sepenuhnya Selat Hormuz kepada semua kapal susulan ketegangan dan permusuhan semakin memuncak di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan disiarkan stesen televisyen kerajaan Iran, ibu pejabat Khatam al-Anbiya, berkata laluan air strategik itu ditutup kepada semua lalu lintas, termasuk kapal tangki minyak dan kapal komersial, susulan apa yang disifatkannya sebagai ketidakamanan di rantau itu.

Ia memberi amaran bahawa ‘sebarang pergerakan’ melalui selat itu akan menjadi sasaran.

Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat berikutan ‘pencerobohan Amerika Syarikat (AS)’ dan serangan AS baru-baru ini ke atas kawasan di wilayah Hormozgan selatan Iran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.