Calon PH DUN Chennah sangkal dakwaan kononnya peruntukan Orang Asli akan disekat, yang disifatkannya sebagai propaganda takutkan pengundi.

Loke sekaligus menyangkal dakwaan kononnya peruntukan bagi Orang Asli akan disekat jika PH menang pilihan raya, yang disifatkannya sebagai propaganda sengaja disebarkan bagi menakut-nakutkan pengundi.
Beliau berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri telah menjelaskan dakwaan itu tidak berasas kerana segala peruntukan bagi pembangunan kampung Orang Asli disalurkan oleh kerajaan persekutuan.
Katanya, landskap politik negara kini telah berubah apabila kerajaan persekutuan dibentuk menerusi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PH, sekali gus menjamin kesinambungan pembangunan kepada semua rakyat termasuk masyarakat Orang Asli.
“Hari ini PH sebahagian daripada kerajaan persekutuan dan perdana menteri juga merupakan menteri kewangan.
“Jadi, tidak timbul soal peruntukan kepada masyarakat Orang Asli akan disekat jika PH menang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Minum Petang Bersama-Sama PMX DUN Chennah di Simpang Durian.
Justeru, katanya, masyarakat Orang Asli perlu membuat pilihan berdasarkan fakta dan tidak terpengaruh dengan unsur ugutan atau kempen yang menimbulkan ketakutan.
Beliau menambah, sepanjang dua minggu berkempen, beliau turut secara konsisten menyampaikan mesej bahawa tiada mana-mana pihak berhak mengugut atau mempengaruhi pengundi menggunakan dakwaan tidak berasas. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.