Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata dua gabungan itu punya matlamat sama.

Katanya, ia tidak mengubah asas pelaksanaan seperti terkandung dalam manifesto BN.
“Dan, tentunya kita akan rangkul sekali apa yang tersurat dan tersirat daripada rakan-rakan yang lain.
“Saya fikir tidak ada sebarang permasalahan yang timbul jika pelaksanaannya dibuat kerana kita mencakupi semua lapisan masyarakat di Negeri Sembilan,” katanya menurut Sinar Harian, di Port Dickson.
Katanya, manifesto BN dan PN mampu diselaraskan memandangkan dua pihak mempunyai matlamat sama.
“Kita menggembleng usaha bersama dan saya fikir tidak ada perbezaan antara mereka dengan kita. Saya percaya kita mampu bekerja bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang mempersoal manifesto pihak mana akan dilaksanakan jika dua gabungan itu membentuk kerajaan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.