`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Tuesday, October 13, 2026

Kawasan risiko lubang benam wajib dinilai, kata KPKT

 Keputusan itu demi pastikan aspek keselamatan awam dan risiko geologi diberi perhatian sejak peringkat awal.

Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) memutuskan pemeriksaan utiliti usang di kawasan berisiko lubang benam dilaksanakan sebelum perancangan dilulus oleh PBT. (Gambar JKR)
PUTRAJAYA:
Penilaian teknikal dan pemeriksaan utiliti usang di kawasan berisiko berlaku lubang benam perlu dilaksanakan sebelum sebarang kelulusan pembangunan diberikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-51, dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan aspek keselamatan awam dan risiko geologi diberi perhatian sejak peringkat awal perancangan pembangunan,” menurut KPKT menerusi kenyataan.

KPKT memaklumkan mesyuarat itu turut menggesa kerajaan negeri memperkasakan penyediaan tanah lapang awam berkualiti serta mempercepat proses pewartaan bagi menjamin akses rakyat kepada ruang rekreasi yang selamat, selesa dan mudah dikunjungi sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh interaksi dalam komuniti.

Kementerian itu memaklumkan mesyuarat berkenaan turut meluluskan Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) sebagai hala tuju strategik pembangunan fizikal dan perbandaran negara.

RFN5 merupakan dokumen perancangan spatial tertinggi negara yang meliputi Semenanjung, Sabah, dan Labuan hingga 2040, dengan tumpuan antaranya terhadap pembangunan guna tanah mampan, pemeliharaan sumber asli serta peningkatan daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana.

Antara sasaran RFN5 ialah pelaksanaan bandar pintar di 115 PBT, pengekalan sekurang-kurangnya 50% litupan hutan serta penyediaan 1.6 juta hektar tanah berpotensi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu, DPN3 merupakan dasar pembangunan bandar negara sehingga 2035 yang meliputi 203 bandar di bawah 101 PBT di Semenanjung dan Labuan, bagi memastikan pertumbuhan bandar dirancang secara lebih tersusun, inklusif dan mampan, seiring perubahan demografi, ekonomi dan teknologi serta cabaran perubahan iklim.

KPKT memaklumkan MPFN turut mempertimbangkan Draf Rancangan Struktur Putrajaya 2050 yang menggariskan hala tuju pembangunan pusat pentadbiran negara, termasuk sasaran penduduk sebanyak 305,000 orang, penyediaan 83,438 unit rumah, pencapaian status neutral karbon serta pengurusan bandar berteraskan kecerdasan buatan.

Selain itu, mesyuarat turut bersetuju dengan Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 yang menggariskan strategi pembangunan, termasuk pembangunan Pelabuhan Darat Perlis dan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), serta pengukuhan kawasan jelapang padi di negeri itu.

“Secara keseluruhannya, keputusan MPFN ke-51 memperkukuh komitmen Kerajaan untuk memastikan pembangunan fizikal dan perbandaran negara dilaksanakan secara terancang, mampan, inklusif, berdaya tahan serta responsif terhadap perubahan masa hadapan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” menurut kenyataan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.