`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Sunday, October 11, 2026

Fasa 1 PLSB Sg Golok siap Julai 2027

 Fasa 1 cecah 73% kemajuan fizikal, manakala Fasa 2 dan 3 dijangka siap antara Oktober 2028 hingga April 2029.

Abdul Rahman Mohamad
Terdahulu, Timbalan Menteri Petra Abdul Rahman Mohamad (tengah) bersama pegawai kanan kementerian dan JPS lawat tapak projek PLSB Sungai Golok bagi memastikan kemajuan kerja patuhi jadual. (Gambar Petra)
PETALING JAYA:
Fasa 1 Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok mencatatkan kemajuan fizikal 73.01% dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Julai 2027.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata, kemajuan bagi projek tebatan banjir yang melibatkan tiga fasa utama itu direkodkan setakat 30 Sept lalu.
Komponen Fasa 1 merangkumi pembinaan ban banjir di Sungai Golok, Sungai Lemal Lanchang dan Sungai Mentua, selain Pintu Air Kuala Jambu, lima buah rumah, pam pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta MTB.

Bagi Fasa 2, Petra memaklumkan projek tersebut kini merekodkan kemajuan fizikal 3.16% dan disasarkan siap pada Oktober 2028.

Fasa kedua melibatkan pembinaan tembok dwifungsi bagi tebatan banjir serta keselamatan, menaik taraf ban kiri Sungai Lemal Lanchang, pembinaan rumah pam, dan pos kawalan tentera serta PGA.

Pelaksanaan Fasa 2 turut diperkukuh menerusi pengumuman Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas, yang menyenaraikannya sebagai antara projek baharu bagi tahun hadapan.

Sementara itu, Fasa 3 yang menumpukan kerja menaik taraf enam jajaran, iaitu Sungai Pengkalan Nangka, Sungai Meranti, Alor Mengkuang, Sungai Lanas, Sungai Golok dan Danau To’ Uban, telah mencapai kemajuan fizikal 24.18% dan dijadualkan siap pada April 2029.

Menurut Petra, penyesuaian skop dan perubahan reka bentuk projek merupakan antara faktor yang mempengaruhi tempoh pelaksanaan serta kos keseluruhan projek.

Langkah pelarasan itu dibuat berdasarkan faktor perubahan iklim, keperluan infrastruktur, situasi sebenar di tapak, serta permintaan penduduk setempat, tambahnya.

“Antara pelarasan yang dibuat melibatkan aspek pengambilan tanah, penyesuaian jajaran serta kapasiti sistem saliran bagi memastikan reka bentuk dan skop projek bersesuaian dengan keadaan semasa, serta sistem tebatan banjir dapat berfungsi dengan lebih berkesan,” kata Petra dalam kenyataan.

Terdahulu, Timbalan Menteri Petra Abdul Rahman Mohamad bersama pegawai kanan kementerian dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengadakan lawatan kerja ke tapak projek bagi memastikan kemajuan kerja mematuhi jadual.

Kementerian itu menegaskan, selaras dengan nilai teras Malaysia Madani, pihaknya sentiasa memastikan pelaksanaan projek berlandaskan prinsip tadbir urus yang berhemah dan bertanggungjawab, dengan keselamatan serta kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

“Kerjasama erat antara kerajaan persekutuan melalui Petra dan JPS bersama kerajaan Kelantan terus diperkukuh bagi memastikan isu berkaitan projek dapat ditangani secara berkesan dan bersepadu,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.