`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Sunday, October 4, 2026

PRN Melaka: Rundingan pakatan politik BN hampir dimuktamad, kata Zahid

 Pengerusi BN berkata keputusan muktamad pakatan politik akan dibuat selepas SPR tetap tarikh PRN.

Zahid Hamidi yang juga presiden Umno menyifatkan rundingan dengan gabungan politik untuk bersama pada PRN Melaka sudah 95% selesai.
SHAH ALAM:
Barisan Nasional (BN) semakin hampir memuktamadkan rakan gabungan di Melaka dan akan mengumumkannya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pada 7 Okt untuk menetapkan tarikh PRN negeri itu, kata Pengerusi Zahid Hamidi.

Katanya, rundingan dengan ‘pihak-pihak berkenaan’ sudah ’95% selesai’ dipercayai merujuk PAS selain Pakatan Harapan (PH).

“Kedua-duanya (pihak) telah kami adakan perbincangan. Sebenarnya, kami akan menunggu pengumuman SPR pada 7 Okt dan selepas itu akan ada pengumuman memuktamadkan dengan gabungan mana yang harus kita bersama atau mengadakan jalan kesepakatan untuk kita bergerak dalam PRN Melaka.

“Perkara itu hampir 95% selesai,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Wacana Semarak Patriotisme: Seminar Ilmuwan Islam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Namun, Zahid tidak mendedahkan gabungan politik yang sedang BN runding, selain memaklumkan pihaknya akan mengadakan pertemuan berasingan dengan dua gabungan politik di Kuala Lumpur.

Kelmarin, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata rundingan pembahagian kerusi antara PAS dan Umno bagi PRN Melaka sudah mencapai kira-kira 90%.

Ditanya sama ada BN bersedia berunding dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRN Melaka, Zahid berkata parti itu terbuka kepada usaha berkenaan.

“Kami sangat terbuka (untuk berunding dengan PH),” katanya.

Sementara itu, mengulas berkait penggunaan lambang BN oleh PAS, presiden Umno itu berkata ia belum diputuskan tetapi terbuka jika parti tersebut mahu menggunakan lambang sendiri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.