`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Sunday, October 4, 2026

Pelajar maut di sekolah: Saifuddin gesa Fadhlina beri penerangan di Dewan Rakyat

 Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata tahap keselamatan murid di sekolah kini sudah semakin meruncing, membimbangkan dan tidak boleh diterima.

saifuddin fadhlina
Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah berkata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek perlu memberi penerangan berhubung isu keselamatan di sekolah selepas seorang lagi pelajar dilaporkan meninggal dunia.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah menggesa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi penerangan di Dewan Rakyat berhubung isu keselamatan di sekolah selepas satu lagi kematian pelajar yang dilaporkan berlaku di Yong Peng, Johor semalam.

Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan) itu berkata beliau amat sedih dengan laporan kematian pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng semalam dan mengucapkan takziah kepada keluarga.

Katanya, tahap keselamatan murid di sekolah kini sudah semakin meruncing, membimbangkan dan tidak boleh diterima.

“Saya mendesak menteri pendidikan memberikan sesi penerangan di Dewan Rakyat esok mengenai isu keselamatan murid di sekolah, sejurus selepas sesi jawab lisan.

“Rakyat berhak mendapat jawapan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dilaporkan ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Yong Peng petang semalam.

Pelajar Tingkatan Empat itu dilaporkan ditemui neneknya yang datang ke sekolah selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang selepas menghadiri kelas bimbangan.

Ini adalah kes kedua membabitkan kematian di sekolah dalam tempoh seminggu.

Pada 25 Sept lalu, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.

Susulan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu pelajar lelaki berusia 16 tahun bermula 26 Sept hingga 1 Okt ini. Seorang lagi suspek direman bermula 28 Sept hingga 3 Okt ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.