Kalendar akademik bagi sekolah Kumpulan A bermula 4 Jan hingga 2 Dis 2027, manakala bagi Kumpulan B, 4 Jan hingga 3 Dis.

Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala, Kumpulan B adalah sekolah-sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
KPM turut menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan 2027, melibatkan perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Hari Raya Korban, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.
“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Korban, Hari Wesak dan Deepavali.
“Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti,” kata KPM dalam kenyataan hari ini.
KPM berkata, langkah penyeragaman itu bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi persekolahan 2028 di seluruh negara dan memudahkan perancangan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.