Timbalan menteri agama itu mencabar pihak mendakwanya terbabit ajaran New Age Movement tampil membuktikan dirinya menyesatkan orang.

Beliau turut mencabar pihak membuat dakwaan itu supaya tampil menunjukkan bukti di mahkamah.
“Saya letak jawatan hanya apabila terbukti saya betul-betul menyesatkan orang, betul-betul ada orang yang saya sesatkan. Buktikan di mahkamah,” katanya selepas merasmikan Majlis Hi-Tea Bersama Sahabat Wakaf Institut Kefahaman Islam Maka.
Mengulas pertemuannya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jelasnya, agensi itu sudah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan.
“Saya tak boleh ulas. Doakan semoga Allah jaga kita semua.”
Pada 18 Sept lalu, Marhamah menafikan dakwaan mengaitkannya dengan penyebaran amalan perdukunan, sihir, azimat serta ajaran NAM dan memberi tempoh 24 jam kepada pihak menerbit atau menyebarkan dakwaan itu untuk menarik balik kandungan berkenaan serta memohon maaf.
Pejabatnya dilaporkan berkata, tangkap layar hantaran Marhamah bertarikh 20 Sept 2019 yang menjadi pertikaian dibuat dalam konteks pembangunan insan, bukan sokongan atau pengiktirafan terhadap keseluruhan pegangan, ajaran atau amalan individu dirujuk.
Tegasnya, Marhamah tidak pernah berguru, menghadiri kelas, bertemu atau berhubung secara langsung dengan individu terbabit, selain menafikan beliau pernah mengajar, mempromosi atau menyebarkan amalan didakwa.
Ahad lalu, Ketua Pengarah Jakim, Sirajuddin Suhaimee dilaporkan berkata, ia menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk sesi pertemuan dan tabayyun dengan Marhamah bagi mendapatkan penjelasan secara langsung, yang turut membabitkan mufti Wilayah Persekutuan, Panel Pakar Akidah Jakim serta pihak berkaitan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.