Mangsa cedera pada bahagian kepala serta alami pendarahan dalaman, menurut polis.

Ketua Polis Kota Tinggi Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan melibatkan wanita berusia 35 tahun yang menunggang motosikal dan sebuah jip Nissan X-Trail dipandu lelaki berusia 61 tahun itu pada 1.55 tengah hari.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika jip yang mahu memasuki simpang bertembung dengan motosikal mangsa yang berada di jalan lurus.
“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta pendarahan dalaman,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
“Bayi dalam kandungan yang berusia 36 minggu juga disahkan meninggal dunia setelah pemeriksaan di Hospital Sultan Ismail.”
Yusof berkata, pemandu jip tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.