`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Friday, October 2, 2026

Perkhidmatan penumpang RTS Link dijangka bermula Februari 2027

 Semua ujian sistem dan operasi percubaan disasarkan selesai menjelang 31 Dis ini.

RTS LINK-JB SINGAPORE
RTS Link adalah projek penting antara Malaysia dan Singapura yang akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura.
JOHOR BAHRU:
Perkhidmatan penumpang Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dijangka bermula Februari depan dengan sasaran semua ujian sistem dan operasi percubaan selesai menjelang 31 Dis ini.

RTS Operations Pte Ltd (RTSO) memaklumkan tempoh itu mengambil kira jangka masa bagi baki kerja dan masa diperlukan untuk pensijilan keselamatan oleh pihak ketiga serta kelulusan pihak berkaitan di kedua-dua negara.

“Matlamat kami adalah menyediakan perkhidmatan selamat dan boleh dipercayai bagi RTS Link,” katanya dalam kenyataan.

RTS Link adalah projek penting antara Malaysia dan Singapura yang akan menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dengan Woodlands North di Singapura.

Perkhidmatan itu akan mempunyai kapasiti waktu puncak sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah dengan perjalanan antara kedua-dua stesen dijangka mengambil kira-kira lima minit.

Kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin bersepadu di lokasi sama turut disediakan di stesen Bukit Chagar serta Woodlands North bagi membolehkan penumpang menjalani pemeriksaan imigresen di stesen berlepas.

RTSO berkata, projek itu dijangka meningkatkan kesalinghubungan rentas sempadan dengan ketara serta memudahkan perjalanan harian antara Johor Bahru dan Singapura.

RTS Link juga dijangka memperkukuh hubungan antara rakyat serta menjana faedah ekonomi dan sosial bersama untuk kedua-dua negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.