`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Thursday, October 15, 2026

Ujian akhir sesi akademik tangguh susulan jerebu

 Jadual baharu pelaksanaan ujian akhir akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga, kata KPM.

upsr
KPM mengumumkan ujian akhir sesi akademik pada minggu depan ditangguhkan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ujian akhir sesi akademik (UASA) yang dijadualkan pada minggu depan ditangguhkan susulan jerebu.

Penangguhan itu mengambil kira kebimbangan ibu bapa dan penjaga tentang kesihatan anak-anak, khususnya mereka yang perlu hadir ke sekolah untuk menduduki UASA.

Sementara itu, pihak sekolah diberikan ruang untuk menyusun semula jadual pelaksanaan UASA, dan jadual baharu akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga.

“Kementerian Pendidikan (KPM) memahami dilema yang dihadapi ibu bapa. Mereka mahu melindungi kesihatan anak-anak, tetapi pada masa yang sama bimbang sekiranya ketidakhadiran ke sekolah menyebabkan anak-anak terlepas pentaksiran.

“KPM akan terus mengutamakan kesihatan dan keselamatan murid, di samping memastikan pentaksiran mereka dapat dilaksanakan dengan teratur,” menurut kenyataan.

UASA merupakan pentaksiran kendalian sekolah, dan dilaksanakan di akhir kalendar akademik, melibatkan murid sekolah rendah tahap dua iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6, serta murid sekolah menengah peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

Pentaksiran bagi murid sekolah rendah tahap dua melibatkan lima mata pelajaran iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik, sains dan sejarah.

Pentaksiran bagi murid sekolah menengah peringkat menengah rendah melibatkan 20 mata pelajaran, termasuk bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik, sains, sejarah, geografi, dan pendidikan Islam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.