Bekas ketua DAP Melaka Damian Yeo berkata perjuangan reformasi lebih besar daripada mana-mana individu atau parti politik.

Bekas ketua DAP Melaka Damian Yeo berkata PH telah melalui perjuangan panjang dan membuat pelbagai pengorbanan yang tidak sepatutnya disia-siakan akibat perpecahan.

Dalam hantaran di media sosial, beliau berkata perbezaan pendapat tidak dapat dielakkan, namun ia tidak seharusnya membawa kepada perpecahan berpanjangan.
“Perjuangan reformasi lebih besar daripada mana-mana individu atau parti politik. Ketepikan perbezaan peribadi dan bersatulah demi kepentingan bersama,” katanya.
Bagaimanapun, Yeo turut mengingatkan pimpinan PH supaya bersedia mendengar pandangan, bermuhasabah dan melakukan pembaharuan.
Gesaan itu dibuat susulan kekalahan Bersama yang dipimpin Rafizi Ramli di semua 16 kerusi ditandingi pada PRN Melaka.
Parti itu turut mengalami nasib sama pada PRN Johor Julai lalu apabila gagal memenangi sebarang kerusi daripada 15 kawasan ditandingi.
Bersama, yang turut dianggotai bekas Ahli Parlimen dan pemimpin PKR, pada Mei lalu mengumumkan agenda perjuangannya yang memberi tumpuan kepada reformasi institusi, penjagaan kanak-kanak untuk semua, pengukuhan perlindungan sosial serta pelan mengurangkan jumlah pekerja asing. - FMT



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.