Menteri KDN berkata, siasatan menyeluruh tumpu pengesahan sama ada Malaysia dijadikan hab transit, libat syarikat proksi tempatan.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan menyeluruh dimulakan sejurus dakwaan itu dibangkitkan, dengan menumpukan kepada pengesahan sama ada negara ini dijadikan hab transit atau melibatkan syarikat proksi tempatan.
“Kita siasat di bawah undang-undang Akta Perdagangan Strategik 2010. Di situ ada beberapa agensi kawal selia, iaitu Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), kastam, dan satu daripadanya ialah polis.
“Miti (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) ialah agensi yang menerajui. Jadi kita ada pasukan petugas yang dipanggil Jawatankuasa Bertindak Perdagangan Strategik (STAC),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Madani Kita serta Majlis Penyerahan Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Tahun 2026 di Kampung Sungai Tiram, dekat sini, hari ini.
Pada 12 Nov lepas, syarikat pembuat cip yang terletak di AS itu mengumumkan pengasas bersamanya, Jensen Huang, meletak jawatan sebagai presiden, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ahli lembaga pengarah berkuat kuasa serta-merta, menamatkan 33 tahun tempoh perkhidmatannya di syarikat itu.
Saifuddin menegaskan, pihak polis tidak memandang ringan dakwaan itu selain mengesahkan perkembangan siasatan disalurkan secara berkala kepada Miti untuk tindakan susulan.
“Siasatan itu sangat kompleks dan setakat ini saya boleh sahkan bahawa perkembangan siasatan kami dimaklumkan kepada MITI untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan,” katanya. - FMT



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.