`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


 




Saturday, November 14, 2026

Adun Kota Kemuning mahu 47 projek tebatan banjir di Selangor dipercepat

 S Preakas berkata projek dalam Belanjawan Selangor 2027 itu perlu dilaksana segera termasuk percepat proses kelulusan dan reka bentuk.

Taman Sri Muda Banjir
Taman Sri Muda antara kawasan bawah DUN Kota Kemuning yang sering dilanda banjir. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Adun Kota Kemuning, S Preakas menggesa pelaksanaan 47 projek tebatan banjir di Selangor yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 negeri itu dipercepat demi kesejahteraan penduduk.

Preakas berkata beliau mengalu-alukan peruntukan RM36.45 juta bagi 47 projek tebatan banjir di Selangor yang diumumkan Menteri Besar Amirudin Shari semalam ketika membentangkan belanjawan negeri itu bagi 2027.

“Bagaimanapun, projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini perlu disusuli dengan pelaksanaan segera, termasuk mempercepat proses kelulusan dan memulakan reka bentuk projek lebih awal.

S Preakas
S Preakas.

“Bagi keluarga yang terpaksa berjaga malam memerhatikan paras air setiap kali hujan lebat, kemajuan paling bermakna ialah apabila risiko banjir di kawasan mereka benar-benar berkurang,” katanya kepada FMT.

Semalam, Amirudin memberitahu DUN Selangor dana RM36.45 juta itu adalah untuk membiayai 30 projek sambungan dan 17 projek baharu di bawah Rancangan Selangor Kedua (RS-2).

Beliau berkata sebanyak RM3.3 bilion diperuntukan untuk belanjawan 2027 negeri itu dengan RM1.9 bilion atau 57.6% diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM1.4 bilion (42.4%) bagi tujuan pembangunan.

Sementara itu, Preakas berkata sebagai wakil rakyat Kota Kemuning, beliau akan terus membawa isu dan keperluan penduduk Taman Sri Muda, Jalan Bukit Kemuning Batu 5 dan Batu 8, Kampung Bukit Lanchong serta Taman Bukit Kemuning kepada kerajaan negeri, JPS dan pihak berkuasa tempatan.

“Saya akan meminta jadual kerja dan kemas kini berkala mengenai penyelenggaraan saliran, kesiapsiagaan pam dan kerja naik taraf yang melibatkan kawasan ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.