Setiausaha Agung Faiz Fadzil kata ceramah kelompok PH dapat sambutan baik, dan capaian media sosial calon sangat baik.

Setiausaha Agung Faiz Fadzil berkata ceramah kelompok PH mendapat sambutan baik, dan capaian media sosial calon sangat baik.
“Saya banyak memberikan tumpuan kepada DUN Bukit Katil dan tidak nampak di mana hambarnya kempen PH,” katanya kepada FMT.
“Rata-rata pengundi yang saya ketemu menyenangi gerak kerja dan perkhidmatan Adly Zahari sebagai Adun dua penggal, apatah lagi dia bekas ketua menteri.”
Faiz juga berkata komen oleh ‘saudara Ong’ tidak berasas.
Terdahulu, Ong berpandangan Adly mungkin tewas di DUN Bukit Katil susulan kempen pilihan raya gabungan itu yang disifatkannya sebagai ‘hambar’.
Katanya, tempoh berkempen PH dan Barisan Nasional (BN) selama dua minggu tidak mengubah pendiriannya bahawa BN akan mendominasi PRN esok.
Beliau turut mengkritik manifesto dua muka surat PH yang disifatkannya ‘lemah’, selain menyelar tindakan Adly yang didakwa ‘lebih banyak menyerang kerajaan negeri (sebelum ini) berbanding menggariskan visi meyakinkan tentang kaedah mentadbir Melaka dengan lebih erat bersama sekutu PH’.
Ong meramalkan naib presiden Amanah itu akan tewas di Bukit Katil, sebuah kawasan yang 68% pengundinya Melayu, kepada calon PAS.
Katanya, BN dan Perikatan Nasional (PN) pun tidak menampilkan ‘kempen yang cemerlang’, namun BN memiliki ‘kelebihan sebagai penyandang’, selain pengaruh besar bekas ketua menteri Ab Rauf Yusoh serta naratif penyatuan Melayu yang kukuh. - FMT



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.