Rais Yasin berkata, dapatan kajian Ilham Centre perlu dilihat sebagai maklum balas penting, namun ia hanya gambar kecenderungan pengundi pada tempoh kajian.

Beliau berkata, dapatan kajian Ilham Centre perlu dilihat sebagai maklum balas penting terhadap landskap politik semasa, namun ia hanya menggambarkan kecenderungan pengundi pada tempoh kajian dijalankan.
Katanya, keputusan sebenar tetap terletak di tangan rakyat menerusi undi mereka pada hari pengundian esok.
“Jangan terlalu selesa dengan angka dan unjuran kajian. Kajian hanyalah gambaran pada satu tempoh tertentu, manakala keputusan sebenar tetap menjadi hak dan kuasa rakyat pada hari pengundian,” katanya kepada FMT.
Terdahulu dilaporkan menurut unjuran Ilham Centre menjelang PRN Melaka esok, BN dan PN mendahului persaingan di 24 daripada 28 kerusi DUN.
Pakatan Harapan (PH) pula berada pada kedudukan selesa di dua kerusi tradisinya, Kota Laksamana dan Bandar Hilir, manakala Ayer Keroh serta Kesidang yang sebelum ini disandang gabungan itu dikategorikan sebagai sengit.
Dalam kenyataan hari ini, Ilham Centre berkata, unjuran itu bersandarkan dapatan kajian lapangan yang menunjukkan pengukuhan kerjasama BN-PN, khususnya dalam menyatukan sokongan pengundi Melayu.
Kajian Ilham Centre dijalankan dari 1 hingga 12 Nov lalu, membabitkan 805 responden di seluruh 28 DUN, dengan ralat pensampelan 3.45% pada tahap keyakinan 95%.
Dalam pada itu, Rais yang juga pengerusi BN Tangga Batu berkata, kepercayaan rakyat tidak seharusnya dibina hanya menerusi kempen pilihan raya, sebaliknya perlu disusuli kerja, khidmat dan komitmen berterusan kepada masyarakat.
Beliau turut menghargai setiap pandangan serta maklum balas rakyat, sambil menegaskan kepentingan menghormati proses demokrasi dan memberi ruang kepada pengundi menentukan pilihan mereka. - FMT



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.