Presiden PAS berkata keputusan PRN Melaka turut mencerminkan harapan rakyat terhadap pentadbiran adil, berkebajikan dan memelihara keharmonian masyarakat majmuk.

Beliau berkata keputusan itu turut mencerminkan harapan rakyat untuk melihat sebuah pentadbiran yang adil, berkebajikan dan memelihara keharmonian masyarakat majmuk.
“Keputusan pilihan raya itu membawa mesej yang cukup bermakna, khususnya terhadap keyakinan rakyat kepada usaha penyatuan ummah.
“Di samping harapan rakyat untuk melihat sebuah pentadbiran yang adil, berkebajikan dan memelihara keharmonian masyarakat majmuk,” katanya dalam kenyataan sambil merakamkan penghargaan kepada pengundi di Melaka.
Pada PRN Melaka, gabungan BN-PN menguasai 24 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus memperoleh majoriti lebih dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri.
Kedua-dua gabungan turut sepakat mengekalkan Ab Rauf Yusoh sebagai ketua menteri Melaka.
Kerjasama BN-PN sebelum ini membuahkan kemenangan pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu.
Dua gabungan itu menguasai 25 daripada 36 kerusi DUN, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga.
Hadi dan beberapa pemimpin BN serta PN sebelum ini turut memberi bayangan kerjasama kedua-dua gabungan itu akan diteruskan pada PRU16. - FMT



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.