`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 5, 2018

Kenyataan Dr Mahathir biadap - NGO Johor

junita@bh.com.my
JOHOR BAHRU: Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (GABUNG) menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai biadap apabila mengaitkan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dengan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Naib Presiden GABUNG, Abdullah Mohd Yusof, berkata kenyataan Dr Mahathir itu juga disifatkan tidak adil dan tidak sepatutnya keluar daripada mulut bekas Perdana Menteri kerana Almarhum Sultan Iskandar sudah meninggal dunia dan tidak dapat mempertahankan diri.
"GABUNG kesal dengan kenyataan Dr Mahathir mengaitkan pemecatan Salleh dengan Yang di-Pertuan Agong ketika itu (Almarhum Sultan Iskandar).
"Dr Mahathir menyalahkan Yang di-Pertuan Agong dalam isu pemecatan Salleh, kenapa sekarang baru isu ini ditimbulkan selepas berpuluh tahun dan Almarhum tidak boleh mempertahankan diri sebab sudah meninggalkan kita.
"Ini satu perkara yang tidak betul dan tidak adil. Kenyataan Dr Mahathir sangat biadap dan melampau. GABUNG yang menghimpunkan 850 NGO di semua daerah di Johor tidak akan berdiam diri," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Dr Mahathir pada sidang media sebelum ini mendakwa namanya digunakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman bagi arahan pemecatan Salleh dalam krisis kehakiman pada 1988 dan mendakwa pemecatan itu atas arahan Yang di-Pertuan Agong ketika itu.
Abdullah berkata, GABUNG yang mempunyai keahlian kira-kira 200,000 orang sudah beberapa kali membuat kenyataan dan sidang media terhadap Dr Mahathir yang pernah memfitnah Sultan Johor termasuk isu Bugis digelar sebagai lanun.
Susulan itu, katanya, GABUNG akan membuat laporan polis terhadap Dr Mahathir berhubung perkara berkenaan, selain menghantar memorandum kepada ahli politik itu dalam masa terdekat.
"Tindakan tegas kita bukan saja terhadap Dr Mahathir tetapi kepada mana-mana supaya tidak membuat sebarang kenyataan sewenang-wenangnya membabitkan Kesultanan Johor," katanya.
Abdullah turut menyelar tindakan Dr Mahathir yang tidak berhenti menyentuh isu pembangunan Forest City di Johor.
"Kita sudah membuat hampir 100 laporan polis berhubung isu Forest City. Bagi kita, Dr Mahathir sudah kehabisan idea yang mendakwa pembangunan Forest City itu merugikan Johor.
a group of people posing for the camera: NAIB Presidennya merangkap Ketua Penerangan GABUNG, Abdullah Md Yusof (tengah) berucap ketika sidang media majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (GABUNG) akan terus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamed untuk memohon maaf susulan kenyataannya yang menghina Sultan Johor. - Foto Mohd Azren Jamaludin© Provided by Media Prima NAIB Presidennya merangkap Ketua Penerangan GABUNG, Abdullah Md Yusof (tengah) berucap ketika sidang media majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (GABUNG) akan terus mendesak Tun Dr…
"Kita di Johor tahu pembangunan ini memberi manfaat kepada rakyat dan projek Forest City juga akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Johor," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.