Ketua menteri Sabah berkata, umat Islam berdepan pelbagai cabaran seperti perpecahan dan persengketaan yang menjadikan mereka lemah dan mudah dieksploitasi untuk kepentingan pihak tertentu.
SANDAKAN: Semangat persaudaraan, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negeri ini perlu sentiasa dipelihara dan diperkukuhkan, kata Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
Beliau berkata, ini amat penting kerana mengekalkan keharmonian dan perpaduan adalah tanggungjawab bersama dan manfaatnya akan dinikmati semua lapisan masyarakat.
“Saya percaya keharmonian masyarakat majmuk ini juga akan menyumbang kepada kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial, seperti yang kita kecapi hari ini.
“Ia membolehkan kerajaan meneruskan perancangan dan memperhebatkan lagi usaha pembangunan, memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar dan program pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan umat Islam dan rakyat pada keseluruhannya,” katanya pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan hari ini.
Pada sambutan itu, Musa turut menyertai perarakan dari kawasan Pasar Sim-Sim hingga ke Masjid Daerah Sandakan yang disertai 50 kontinjen pelbagai agensi dan persatuan.
Musa berkata, hari ini umat Islam berdepan pelbagai cabaran, antaranya perpecahan dan persengketaan sesama sendiri, yang menjadikan umat Islam lemah dan mudah dieksploitasi untuk kepentingan pihak tertentu.
“Kita tidak lagi menghayati semangat ukhuwah dan persaudaraan, sebaliknya lebih suka menabur kebencian, fitnah dan permusuhan.
“Untuk itu, harus kita sedar dan insafi, serta mengambil iktibar daripada krisis dan pergolakan yang berlaku di beberapa negara Islam. Ia perlu menjadi pengajaran berguna kepada kita agar tidak mengabaikan kepentingan nilai ukhuwah dan perpaduan ummah,” katanya.
Justeru, beliau mengajak umat Islam memantapkan ukhuwah dan mengukuhkan silaturahim sesama umat Islam kerana hanya dengan kesatuan dan perpaduan jitu, umat Islam akan menjadi umat cemerlang dan dihormati.
“Marilah kita mengambil iktibar daripada sambutan Maulidur Rasul ini dengan kembali menghayati ajaran Islam dan mencontohi keperibadian, semangat dan daya juang serta akhlak Nabi Muhammad, seterusnya mengukuhkan lagi kesatuan dan kekuatan demi memartabatkan kejayaan umat Islam dalam pelbagai bidang,” katanya.
Pada majlis itu, Musa turut menyampaikan anugerah tokoh Maulidur Rasul peringkat daerah Sandakan kepada Penolong Kanan Pengarah Kastam Sandakan, Otoh Sibik Sahar, 59, dan Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Bahagian Sandakan, Roziah Hussain, 53, yang juga seorang guru. -FMT
Mohon dimaafkan sebelumnya....!! terpaksa sy ngeposting disini karna sy sudah mengalami skrg bagaimn rasanya tinggal di perantauan jd TKW. Anak dan suami di tinggal di kampung. Sy dulu 4 tahun 5 bulan tinggal di Taichung Taiwan.. hanya jeritan batin dan tetes air mata selalu menharap. tp tdk ada hasilnya sm sekali. Cuman gali lobang tutup lobang trus. dulu.. pengen pulang ke indo gaji tidak seberapa. Tetapi namanya juga rejeki itu tidak ada yg tau. Yg penting kita betul-betul yakin dan percaya Pasti ada jlan keluarnya. Halal tidaknya hanya tuhanlah yg menentukan. Kebetulan waktu itu sy istirahat di kamar buka facebook dapt nmor telpon Mbah Suroto di halaman tki sukses. setelah sy baca ternyata beliau murid Eyang Guru Jugo dari gunung kawi. dengan adanya Pesugihan Dana Ghaib ini dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 2D sampai 6D pilihan..., sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib saja karna tidak ada tumbal menumbal. alhamdulillah ternyata benar2 terbukti hasil nya dari Mbah. skrg sy bsa buka usaha kecil-kecilan di rumah.. ya allah terima kasih rejekimu ini yg enkau berikan. Mungkin ada teman pengen merubah nasib nya seperti sy. ini nomr nya Mbah Suroto +6282291277145 karna tidak ada salahnya kita berbagi. sy sudah merasakan manis pahitnya tinggal di perantauan. Trmksh
ReplyDelete