`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 30, 2018

Polis percaya bekas suami Indira masih di Malaysia

fuzi-harun-polis-indira

KUALA LUMPUR: Polis percaya Muhammad Riduan Abdullah, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya M Indira Gandhi, masih lagi dalam negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata maklumat berkenaan diperoleh selepas membuat semakan dengan Jabatan Imigresen dalam usaha mengesan Muhammad Riduan yang sebelum ini dikenali sebagi K Pathmanathan.
“Kita tiada petunjuk… saya memberi arahan spesifik kepada semua elemen pasukan polis terutamanya Jabatan Siasatan Jenayah untuk mengesan lelaki berkenaan.
“Saya juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil berikan kerjasama,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM hari ini.
Majlis itu turut menyaksikan bekas ketua polis Kedah Datuk Asri Yusoff mengambil alih tugas Pengarah JIPS Datuk Seri Abd Rahim Hanafi yang bersara wajib pada Khamis ini.
Semalam, Mohamad Fuzi dalam satu kenyataan dilaporkan berkata usaha mengesan dan menahan Muhammad Riduan masih berterusan sejak 2014 berdasarkan waran pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Indira Gandhi, pihak polis tidak lagi mempunyai alasan tidak mencari dan menahan bekas suaminya yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.
Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan, pasangan memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.
Ketiga-tiga anak mereka iaitu 2 perempuan dan seorang lelaki kini berusia 20, 19, dan 9 tahun. Muhammad Riduan, 47, menukar agama anak-anak mereka kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira Gandhi, selepas dia memeluk Islam.
Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan ketua polis negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.
Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira Gandhi hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya dan memerintahkan Muhammad Ridhuan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya. -FMT

1 comment:

  1. I am Mrs.Irene Query from Singapore i was in need of a loan of $150,000 and was scammed by those fraudulent lenders and a friend introduce me to Dr Purva Pius,and he lend me the loan without any stress,you can contact him at (urgentloan22@gmail.com) Approvals within 2-4 Hours.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.