`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 19, 2018

Musa Aman akan pulang esok, kata sumber

Sumber memberitahu maklumat awal mengatakan bekas ketua menteri Sabah akan mendarat di Singapura sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
PETALING JAYA: Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dikatakan berada di United Kingdom untuk rawatan kesihatan akan dibawa pulang ke Malaysia esok, kata sumber.
Sumber memberitahu maklumat awal mengatakan Musa akan mendarat di Singapura sebelum dibawa pulang ke Malaysia sama ada melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
“Pihak media akan dikemaskini dari masa ke semasa mengenai status maklumat ini. Waktu dan lapangan terbang Musa Aman akan bakal didedahkan sebaik maklumat lanjut diperoleh,” kata sumber.
Musa sebelum ini menafikan beliau melarikan diri selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya oleh Yang di-Pertua Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Adun Sungai Sibuga itu berkata dia meninggalkan negara secara sah pada 16 Mei dan berada di UK “untuk tujuan perubatan dan urusan peribadi”.
Juhar membuat laporan polis terhadap Musa pada 14 Mei lepas dipercayai berkaitan ugutan jenayah selepas upacara angkat sumpah jawatan ketua menteri.
Pada 1 Ogos lepas, polis berkata kertas siasatan melibatkan Musa hampir siap dan sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10 Mei lalu, selepas memperoleh majoriti mudah pada pilihan raya umum.
Bagaimanapun, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga presiden Parti Warisan Sabah dilantik sebagai ketua menteri dan mengangkat sumpah di depan Juhar 2 hari kemudian selepas beberapa Adun BN berpaling tadah.
Pada 15 Ogos lepas, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Syed Abas Syed Ali mengarahkan Musa Aman mengangkat sumpah wakil rakyat sebelum 11 September atau mengosongkan kerusi itu. -FMT

1 comment:

  1. Musa you are clearly a fugitive that escape through illegal channel. Why do umnobn goon always resorted in that manner. Come back and joint your gang in Port Klang inside Equaminity and wait for your White Knight Chubby Arab Prince Jho Low riding a white unicorn to arrive and steer the yatch away to safety from the reach of most country in the world. How's that sound?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.