`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 3, 2018

PESANAN UNTUK NAJIB – SILA DUDUK DAN JANGAN LARI

Sejak dua tahun lalu, Najib Razak telah berjaya menghalang soalan-soalan berkaitan 1MDB daripada ditanyakan di Parlimen, khususnya kepada beliau atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat pelaburan tersebut.
Melalui kuasa Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia ketika itu, telah dikuatkuasakan larangan tiada soalan berkaitan 1MDB boleh dikemukakan di Parlimen atas alasan ada saman tertentu dan penyiasatan sedang berjalan dan jika dibenarkan ia kononnya dianggap menghina mahkamah serta mengganggu proses siasatan.
Sejak itu, semua soalan berkaitan syarikat pelaburan paling bermasalah itu berjaya dikekang dan sekaligus menyelamatkan Najib daripada menjawabnya, meskipun pelbagai isu dan pendedahan dilakukan oleh media-media antarabangsa.
Bagaimanapun, dengan tumbangnya regim Najib dan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, halangan itu kini sudah tiada lagi.
Speakar baru Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof menarik balik larangan itu yang berkuatkuasa hari ini.
Dengannya, sekarang ini semua Ahli Parlimen boleh bertanyakan apa saja soalan mengenai 1MDB sama ada untuk dijawab oleh pihak kerajaan atau diperjelaskan oleh Najib yang beralih tempat di barisan pembangkang.
Maka, pesanan untuk Najib – sila hadir setiap hari Parlimen mulai hari dan sessi yang seterusnya, duduk di kerusinya untuk sedia menjawab apa jua pertanyaan tentang 1MDB serta jangan sesekali cuba melarikan diri.
Haaa….tepukkk!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.