`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 4, 2018

PRK Sg Kandis: Tidak ada keperluan tukar parti, kata Wan Azizah

Dr Wan Azizah berkata PH belum memutuskan calon daripada parti komponen yang mana yang akan diletakkan untuk bertanding di kerusi DUN Seri Setia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tidak ada keperluan untuk pengundi menukar wakil rakyat dari parti lain, apatah lagi kerajaan persekutuan kini ditadbir oleh PH.
KLANG: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis perlu mengekalkan calon PKR sebagai wakil rakyat mereka kerana parti itu telah membuktikan kemampuannya mentadbir negeri Selangor dengan baik sejak 2008.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tidak ada keperluan untuk pengundi di situ menukar wakil rakyat dari parti lain, apatah lagi kerajaan persekutuan kini telah ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH).
“Pasal apa nak tukar (calon wakil rakyat). Besok isi balik (undi balik) dengan orang kita (PKR).
“Buat apa nak bagi dia orang (kemenangan kepada BN) kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor semua dipegang oleh PH…buat apa tukar (kepada calon lain selain PKR),” katanya ketika berucap pada ceramah “grand finale” sempena PRK itu di sini malam ini.
Turut hadir Timbalan Presiden PKR, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar,; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan calon PKR bagi pilihan raya kecil itu, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
Dr Wan Azizah, yang juga presiden PKR itu, berkata pengundi di DUN Sungai Kandis perlu mengundi Mohd Zawawi yang ternyata mempunyai pencapaian baik berbanding calon BN.
“Selangor negeri yang kaya, kita nak pentadbiran yang baik jadi undilah ustaz (Mohd Zawawi) yang ada rekod pencapaian yang baik..
“Berbeza dengan calon sana (BN), dia boleh berubah (perjuangannya) berbanding calon kita dari mula sampai sekarang berkhidmat kepada rakyat.
“Jadi pengundi Sungai Kandis mestilah undi calon PKR, PH…jangan sia-siakan undi anda dan undilah ustaz sebagai wakil rakyat DUN Sungai Kandis,” katanya.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata PH belum memutuskan calon daripada parti komponen yang mana yang akan diletakkan untuk bertanding di kerusi DUN Seri Setia.
PRK DUN Kandis esok bakal menyaksikan Mohd Zawawi berdepan pertandingan 3 penjuru menentang calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K Murthy.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramahnya, Dr Wan Azizah berkata secara tradisinya calon dipilih daripada parti yang bertanding sebelum ini di kerusi tersebut.
Kerusi DUN Seri Setia kosong apabila wakil rakyatnya, Prof Dr Shaharuddin Baharuddin daripada PKR meninggal dunia lewat petang semalam selepas menderita barah usus.
Dr Wan Azizah berkata suaminya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami sedikit masalah kesihatan yang menyebabkan beliau tidak dapat hadir pada ceramah malam itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.