Do listen to this video.
The non Muslims will only become more flabbergasted at these people. (Its a polite way of saying 'Aiyyo stupid like this also got ah?)
Satu lagi kes wanita, wanita, wanita, seks, seks, seks.
Kepala hotak depa tang tu saja.
Siang malam, pagi petang, hujan tak hujan.
Wanita, wanita, wanita, seks, seks, seks.
Ostard suruh isteri pakai g-string di rumah, semasa guna mesin parut kelapa, untuk menahan si-suami daripada pergi memancing.
Tapi kenapa pula pakai g-string? Kan g-string itu ciptaan orang kafir? Kenapa tak ikut ciptaan sendiri? Suruhlah isteri langsung jangan pakai apa pun semasa guna mesin parut kelapa. Kalau g-string afdal, kan lebih afdal kalau isteri bogel terus dalam rumah? Bukan saja suami tak keluar memancing, tapi suami langsung tak akan keluar untuk bekerja, pergi ke pasar, pergi hantar anak, sebab isteri bogel di dapur. Lagi rancak.
Macam mana pula kalau sudah beranak dan anak sudah bukan kecil lagi? Boleh ke si ibu pakai g-string di dapur dikelilingi anak lelaki dan perempuan?
Macam mana pula kalau pak mertua isteri duduk sekali di rumah dia? Silap g-string boleh jadi kes sumbang mahram pula.
Tapi macam mana pula dengan lelaki wanita agama lain, bangsa lain, kaum lain? Wanita depa ada juga yang pakai seksi di luar rumah pun. Tapi lelaki depa pun ada juga keluar memancing, keluar main badminton, keluar jogging, keluar bersembang dengan kekawan dan banyak lagi. Kes sumbang mahram depa pun kurang sangat, bila dibanding dengan geng yang disuruh pakai g-string. Apakah jawapan bagi misteri ini? Soalan bodoh saja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.