`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 28, 2019

Wang akan dituntut jika batal pembelian 6 helikopter RM300 juta, kata Mat Sabu

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, kerajaan belum memutuskan jika ia mahu membatalkan pembelian 6 helikopter bernilai RM300 juta yang dibuat pentadbiran terdahulu, tetapi sehingga kini belum diterima Angkatan Tentera Malaysia.
“Kabinet akan buat keputusan akhir sama ada tamatkan pembelian atau teruskan. Jika tamatkan, kita akan pastikan wang yang telah dibayar dapat dikembalikan dan jika diteruskan, kita akan pastikan pihak syarikat dapat memenuhi segala perjanjian yang termaktub dalam kontrak.”
Beliau menjawab pertanyaan lisan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai status tindakan kerajaan terhadap semua pihak terlibat dalam pembelian 6 helikopter tempur ringan MD530G.
Difahamkan, 6 helikopter itu yang dikeluarkan MD Helicopters milik gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat, dipesan Kementerian Pertahanan di bawah pimpinan Hishammuddin Hussein pada 2015.
Helikopter pertama sepatutnya diterima pada November 2017, tetapi ia belum diterima sehingga kini, walaupun kerajaan sudah membayar RM112 juta atau 35% daripada jumlah keseluruhan pembelian itu.
Sementara itu, Mohamad berkata, Kabinet akan memutuskan bentuk tindakan sewajarnya yang akan diambil terhadap syarikat dan pihak terbabit dalam pembelian helikopter itu.
“Sebarang tindakan terhadap syarikat dan mereka yang berkaitan akan diambil sewajarnya selepas keputusan terhadap hala tuju perolehan ini dibuat.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.