`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 6, 2020

AFTER A WEEK, CLEAR SIGNS EMERGE MUHYIDDIN HAS NO MAJORITY AFTER ALL – BUT WAIT, DID NOT THE AGONG CHECK? KENAPA PARLIMEN DITANGGUH SAMPAI 70 HARI? ADAKAH INI BUKTI MUHYIDDIN MASIH TAK CUKUP MAJORITI?

Sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac ini telah sah ditangguhkan kepada 18 Mei depan.

Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof berkata, beliau telah menerima surat makluman berkenaan tarikh baru untuk sidang ketiga Parlimen ke-14 daripada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam.
Sehubungan itu, tegas beliau, tiada sidang Parlimen pada 9 Mac ini dan tarikh baru Istiadat Pembukaan Parlimen ialah pada 18 Mei 2020.
Dengan sidang Parlimen sepatutnya diadakan pada 9 Mac, tetapi ditangguhkan kepada 18 Mei, bermakna penangguhannya adalah selama 70 hari atau lebih dua bulan lamanya.
Meskipun menangguhkan sidang Parlimen boleh difahami keperluannya kerana kerajaan baru bertukar daripada PH kepada PN, tetapi persoalannya mengapa sampai 70 hari ia ditangguhkan?
Tidakkah tempoh 70 hari itu terlalu lama?
Kenapa tidak ditangguhkan hanya selama dua minggu, sebulan atau lima minggu misalnya?
Sepertimana yang kita sedia makluman, kedudukan PN di Parlimen melalui rampasan kuasa menumbangkan PH yang diterajui Muhyiddin baru-baru ini masih lagi kabur majoritinya.
Sementara PH bertegas menunjukkan sokongan sebanyak 114 Ahli Parlimen yang mereka miliki atau mungkin sudah berkurangan kepada 112 daripada 222 jumlah keseluruhan Ahli Parlimen, Muhyiddin sehingga ini masih belum berani menunjukkan sokongan yang ada di belakangnya.
Lantaran itu, sidang Parlimen pada 9 Mac ini adalah penting untuk Muhyiddin membukti atau mengesahkan kelebihan sokongan yang dimilikinya.
PH bersama Tun Mahathir Mohamad dengan tegas mengesahkan akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dalam sidang Parlimen itu nanti.
Tetapi, kini sidang Parlimen 9 Mac ini sudah ditangguhkan kepada 18 Mei atas arahan Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
Adakah penangguhan selama 70 hari ini membuktikan Muhyiddin benar-benar tidak cukup sokongan ketika ini, lalu beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menambah sokongan terhadapnya?
Sepatutnya, Muhyiddin tidak terlalu lama menangguhkan sidang Parlimen jika benar beliau sudah ada sokongan melebihi 112 Ahli Parlimen.
Ini kerana, kerajaan yang dipimpinnya perlu diperlihatkan stabil di mata rakyat demi untuk meneruskan pentadbiran dan program-program pembangunan untuk rakyat.
Lagi cepat sidang Parlimen diadakan dan seterusnya dapat mengatasi usul undi tidak percaya terhadapnya yang bakal dibawa PH adalah lebih baik lagi dari segi imejnya di mata rakyat.
Malah, Muhyiddin akan lebih terpuji jika berani mengadakan sidang Parlimen khas tergempar hanya untuk mengusulkan undi percaya kepadanya, sekaligus untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Malangnya, penangguhan yang terlalu lama itu membuatkan Muhyiddin dan PN terus dibayangi persepsi buruk seolah-olah beliau tidak cukup majoriti serta takut untuk berhadapan dengan usul undi tidak percaya di Parlimen.
Dalam tempoh 70 hari akan datang juga bermakna ruang sangat terbuka untuk PH dan Tun Mahathir mengadakan ceramah dan program penerangan ke seluruh negara bagi menghentam Muhyiddin yang disifatkan mereka sebagai pengkhianat melakukan rampasan kuasa bersama PN.
Akhirnya, akibat penangguhan itu yang disusuli dengan program politik setiap malam, bukan saja negara terus tidak stabil, bahkan Muhyiddin sendiri pasti akan lebih teruk dihentam daripada pelbagai sudut, terutamanya oleh Tun Mahathir yang kini ibarat “seekor harimau luka”.
Dalam keadaan itu, bolehkah Muhyiddin dalam tempoh 70 hari akan datang menambah lagi sokongan terhadapnya atau sokongan terhadapnya berpotensi lagi berkurangan?
-https://shahbudindotcom.net/

2 comments:

  1. Tidak habis habis MEROYAN dan cuba mengambarkan YDPA membuat kesilapan .Tuan punya blog yg condong kepada PH pun kena hati hati membuat tajuk .Matang lah dalam berpolitik .Ada masa membuat comeback jika kami masih punya kekuatan politik .

    ReplyDelete
  2. Tangguhkan sidang parlimen adalah masa utk beli ahli ahli parlimen cukupkan majoriti. sampai hari ni rakyat tak tau berapa sebenarnya ahli ahli parlimen yg menyokong muhyuddin. Rakyat berhak tahu, apa lagi mandat mereka dlm pru14 telah diketepikan dan dipermainkan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.