`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 24, 2020

ATM guna dron, UAV di 12 ‘hot spot’ untuk pantau pergerakan

Affendi Buang (kiri) dan Abdul Hamid Bador (kanan) menunjukkan penggunaan dron dan UAV kepada media.
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi memantau perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan sebagai usaha membendung wabak Covid-19.
Panglima ATM, Affendi Buang berkata, dron dan UAV itu akan digunakan di 12 kawasan tumpuan (hot spot) di seluruh negara.
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan 12 kawasan tumpuan tersebut.
“Hari ini kita menunjukkan kebolehan kami menggunakan teknologi untuk mengawal pergerakan.
“Ini pertama kali kita boleh melakukan pemeriksaan dan pemantauan dengan pantas dan pergi ke tempat-tempat di mana pasukan kita tidak boleh masuk,” katanya pada sidang media bersama Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield.
Affendi juga berkata akan menghantar dron itu ke beberapa kawasan di luar Kuala Lumpur mengikut keadaan semasa.
“Buat masa ini, kami meneliti di kawasan sasaran. Kami berharap operasi perintah kawalan pergerakan dapat dijalankan dengan lebih baik.
“Aset ini dari kerajaan dan ada juga industri tempatan. Dron ini boleh bertahan selama 1 jam 40 minit,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Affendi menolak dakwaan ATM guna kekerasan semasa menjalankan perintah kawalan pergerakan bersama polis.
Beliau berkata penggunaan senjata hanya untuk mempertahankan diri dan bukannya untuk digunakan kepada rakyat.
“Jika anda lihat antara 5 anggota ATM hanya 1 sahaja bawa senjata di satu kawasan.
“Seperti yang saya katakan rakyat bukan musuh. Musuh kita Covid-19,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.