`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 24, 2020

ERL hadkan khidmat tren ke KLIA mulai esok

Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan digabungkan. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan mengurangkan kekerapan perkhidmatan tren kendaliannya mulai esok.
ERL dalam satu kenyataan hari ini berkata perubahan ini ditangguhkan dari pengumuman pelaksanaannya sebelum ini pada 24 Mac bagi memberikan pengguna cukup masa untuk merancang perjalanan mereka dengan jadual baru.
Ia berkata 2 perkhidmatan trennya, KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan digabungkan pada masa berikut setiap hari:
Selasa (24 Mac sahaja)
6:00 pagi hingga 10:00 pagi setiap 30 minit
10:00 pagi hingga 5:00 petang setiap sejam
5:00 petang hingga 10:00 malam setiap 30 minit
Rabu (25 Mac sehingga diberitahu kelak)
6:00 pagi hingga 10:00 pagi setiap 30 minit
5:00 petang hingga 10:00 malam setiap 30 minit
“Sila ambil perhatian tiada perkhidmatan kereta api pada masa lain,” katanya.
ERL berkata masa perjalanan antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah 35 minit dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pula ialah 39 minit.
Di stesen KL Sentral, semua pelepasan adalah dari platform berlepas KLIA Ekspres, katanya.
Jadual perkhidmatan tren ERL dihadkan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan untuk mengurangkan jangkitan Covid-19.
ERL menggesa penumpang supaya mengamalkan kebersihan diri yang baik dan penjarakkan sosial sepanjang waktu, termasuk semasa di platform dan di dalam kereta api.
“Kami memberi jaminan kepada penumpang bahawa kami akan terus mengamalkan regimen pembersihan yang ketat bagi memenuhi dan melepasi standard tertinggi keselamatan dan kebersihan.

“Keselamatan dan kesihatan penumpang serta staf adalah paling utama bagi kami,” kata ERL. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.