Soalan : Apakah masalah besar dengan negara Arab? Cepat sila beri jawapan.
Jawapan: Masalah besar dengan negara Arab ialah orang Arab tinggal di negara Arab. Itulah masalah besarnya.
Bergurau saja ok. Walaupun benar kalimatul urus.
Mahaguru57 telah cukur jenggot dan buang kopiah putihnya.
Hello brader, rupanya saudara sudah 'I have seen the light'. Tahniah.
Sugar level pula 20 ?? I say brader, please call me. I can help you.
Semalam saya tengok Netflix tayang cerita Kleptocrat.
Seronok saja dia bercakap dalam kamera seolah apa yang dia cakap itu adalah penjelasan.
Dia bodoh tak faham Mat Salleh punya pandai. Bagi setiap hujah bodoh dia, Netflix bagi hujah balas oleh orang lain atau menunjuk keadaan sebenar penyokong yang dhaif ekonomi dan dhaif pemikiran. Dua kali dhaif lah. Dari awal hingga ke habis tayangan Netflix itu menunjuk betapa bodoh si makhluk Tak Ada Malu itu.
Anyway semalam berita sudah "tular" bahawa kemungkinan karkun ta' balik pula. Sebab markaz ta' balik dijangkiti virus Covid 19.
Bukan orang sini yang bagitahu pun. Berita geng ta' balik dijangkiti corona vius bocor dari Brunei kerana geng ta' balik yang telah hadhir orgy brader tak mandi di sini pulang ke Brunei dengan membawa virus Covid 19. Mereka makan nasi empat orang share satu talam, dengan menjilat jari dan menukar air liur. Iyy-ye. Jijik !!
Anyway cousin saya kirim grafik yang comel ini :
Rupanya beberapa hari yang sudah, harga dunia se-tong minyak pernah mencecah US$27.51. Harga ini lebih murah daripada harga untuk satu "tong" Kentucky Fried Chicken (US$28.75).
Apa maksudnya?
Maksudnya 'We are all going to die'.
A few days ago ada seorang customer masuk kedai emas kami. Wanita umur 40an. Suami dia lari dengan perempuan lain. Lepas itu suami dia gostan balik (kena halau oleh girlfriend pula). Suami dia tak kerja. Bangun tidur pukul dua petang. Tak kerja dan tidak bantu wife dia yang cari hidup jual kuih. Hari itu suami dia kata motorsikal dia rosak, minta RM800 untuk repair. Of course wife dia tak faham - mana ada repair motor sampai RM800? Tukar engine baru ke? Suami buat helah lah. Anyway wife pun bagi lah duit RM800. Terus jadi hilang bin ghaib.
Anak depa lima. Wife itu hidup jual kuih. Di kawasan perumahan "PPRT" dia ada WhatsApp group juga. Dia tunjuk mesej WhatsApp group PPRT itu. Dia baca satu mesej kata orang itu nak 'pinjam dua biji telur'. Satu mesej lagi kata 'ada tak sesiapa boleh bagi pinjam sedikit tepung'?
Can you imagine - orang nak pinjam dua biji telur?
Sudah tahap gaban tak boleh mampu beli dua biji telur.
Sudah tahap gaban tak boleh mampu beli dua biji telur.
Tuan-tuan sila lihat sekali lagi grafik KFC dan harga minyak itu. Kalau harga minyak dunia kekal merosot kerajaan kita "going to die". Sebab hasil kerajaan terlalu banyak bergantung kepada harga minyak dunia.
Ramai orang tak faham dari mana datangnya semua duit kerajaan.
Dan duit untuk membeli dua biji telur.
Menteri dan Wakil Rakyat pun macam kanak-kanak yang hari-hari balik ke rumah lepas sekolah. Di atas meja makan mereka nampak ada tudung. Bila dibuka tudung, ibu sudah siapkan nasi, ikan dan sayur. Sedap dimakan saja.
Kanak-kanak itu tidak faham dari mana datangnya duit untuk membeli makanan dan sayuran yang di masak sedap oleh ibu. Apakah ibu telah meminjam dua biji telur? Apakah ayah masih belum bangun tidur walaupun pukul dua petang? Kanak-kanak itu tidak faham hal-hal hidup.
Serupa juga dengan kerajaan, wakil rakyat dan Menteri. Mereka fikir bahawa kerajaan hanya perlu 'membuka tudung' dan duit emas akan terhidang atas meja dengan ajaib.
Mereka fikir mereka hanya perlu buka kunci "khazanah negara" dan duit emas akan jatuh bergolek. Secara ajaib.
Terus tidur saja ok
Al Rasputin dari utara pula kata 'Buy Muslim First ke', 'Buy Kafir Last ke' atau entah apa lah.
Seluaq candong hang macam mana?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.