This is taken from shahbudindotcom.net
BIG BIG DISCLAIMER : Ok ini bukan saya cakap tau. Ini orang PKR sendiri cakap. Jangan marah saya tau. Sila buka mata dan telinga and please use your brains and think just a little bit ok?
Both the Malay and English versions are presented here:
English version : *Third Event*
This incident occurred a few months ago when Dr Mahathir had asked Muhyiddin to deregister or ban Umno. The act of banning Umno was Tun Mahathir's final strategy when he found that not many Umno MPs crossed over to join Bersatu. Tun Mahathir's ultimate aim was to build up Bersatu to replace Umno.
Muhyiddin agreed and supported this move. The files and documents to deregister Umno had been prepared and placed on his desk. Ummo President Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi called on the Umno supreme council to allow him to negotiate with Dr Mahathir on the matter.
When Anwar leant of the plan to ban Umno, Anwar rushed to meet Muhyiddin and argued that the move would not be feasible.
- Anwar said Umno is the legacy of the Malay struggle for independence which included their parents and families of all of them.
- The banning of Umno would be seen as a tragedy striking hard at the heart of all Malays, including the Malay Rulers.
- Anwar explained to Muhyiddin that if the ban is carried out then Dr Mahathir and PH would be cursed by the Malays and the coalition would be seen as traitors.
Anwar's argument was that Umno was not the sinner but its leaders were. If Umno is banned, court procedures would be lengthy and the PH government will not be able to focus its efforts on rebuilding a bankrupt nation. Worse yet, the Rakyat will believe the lie that PH is controlled by the DAP. The coalition will surely lose in the next general election.
UMNO survived being banned.
Imagine where Muhyiddin would be today if he had resigned then?
Imagine what would happen to all Umno members if Umno was banned?Muhyiddin would not have been PM8 and Perikatan Nasional would not exist.
Clearly, Muhyiddin is indebted to Anwar.
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin is PKR’s Information Chief
This is the Malay version from here.
Peristiwa Ketiga
Apabila rancangan untuk mengharamkan UMNO ini diketahui Anwar, beliau bergegas menemui Muhyiddin dan berhujah menyanggah tindakan itu.
Adat berhutang kami membayar
Adat berjanji kami tepati”
Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lalu apabila Tun Mahathir meminta Muhyiddin mengharamkan UMNO. Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana beliau mendapati tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang dan menyertai Bersatu. Matlamat akhir Tun Mahathir ialah untuk membina Parti Bersatu sebagai pengganti UMNO.
Muhyiddin bersetuju dan turut menyokong langkah ini. Fail dan dokumen untuk membatalkan pendaftaran UMNO telah disediakan dan sudah pun berada di atas mejanya. Hal ini pernah diceritakan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi kepada MKT UMNO bagi menghalalkan langkahnya untuk berunding dengan Tun Mahathir.
- Kata Anwar, UMNO adalah legasi perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan yang turut disertai ibu ayah dan keluarga kita semua.
- Pengharaman UMNO akan menjadi satu tragedi hitam yang akan menyayatkan hati seluruh umat Melayu termasuk Raja-raja Melayu.
- Kata Anwar lagi kepada Muhyiddin, jika pengharaman ini berlaku maka Tun Mahathir dan Pakatan Harapan akan dikutuk oleh orang Melayu dan kita semua akan dicatat sebagai pengkhianat bangsa.
Hujah Anwar, UMNO tidak berdosa tetapi yang berdosa ialah pemimpinnya. Sekiranya UMNO diharamkan sudah pasti proses di Mahkamah akan memakan masa dan kerajaan PH tidak mampu menumpukan seluruh perhatian kepada pembinaan semula negara yang hampir muflis. Lebih parah lagi rakyat akan percaya dengan dakyah pembangkang bahawa PH adalah kuda tunggangan DAP. Pakatan Harapan pasti akan kalah pada PRU akan datang.
Alhamdulillah akhirnya Muhyiddin akur dengan hujah Anwar dan UMNO terselamat darpada diharamkan.
Bayangkanlah dimana kedudukan Muhyiddin sekarang jika beliau mengikut nafsu amarah dan meletakkan jawatannya.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada seluruh ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO berjaya diharamkan?
Yang pasti, tentu sekali pada hari ini tidak akan wujud Perikatan Nasional jika UMNO diharamkan dan sudah tentulah Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-8.
Maka Muhyiddin sewajarnya berterima kasih kepada Anwar kerana keikhlasan Anwar menasihati beliau. Bahkan seluruh Ahli Parlimen dan ahli Umno juga wajar berterima kasih kepada Anwar kerana sosok yang pernah difitnah dan diaibkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO inilah yang telah bertindak menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.
Maka, tepuk dada tanyalah hati berfikirlah dengan nurani yang tulus untuk menilai pengorbanan sebenar antara Anwar dengan Muhyiddin dan juga pemimpin politik yang lain.
Sesungguhnya Ini adalah satu episod hitam yang benar-benar telah meninggalkan
parut yang mendalam dalam sejarah tanah air kita yang tercinta.
“Bijak berpenchak langkah bertukar
Bijak berakal mengawal diriAdat berhutang kami membayar
Adat berjanji kami tepati”
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Penerangan PKR.
My comments :
Sesungguhnya Ini adalah satu episod hitam yang benar-benar telah meninggalkan parut yang mendalam dalam sejarah tanah air kita yang tercinta ????
Siapa kata bro? Engkau ini delirious lah.
Ini bukan episod hitam atau apa jenis episod pun.
Tidak ada parut mendalam atau parut yang tidak mendalam ataupun terguris hati sesiapa pun.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.