`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 16, 2020

Anggota polis cedera khemah di sekatan jalan raya runtuh kerana angin kencang

 

Ketika kejadian petang tadi anggota polis berkenaan yang cedera di bahagian kepala sedang berteduh dalam khemah sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis trafik cedera selepas bumbung sebuah khemah di sekatan jalan raya perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Jalan Duta di sini, runtuh akibat angin kencang, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian anggota polis berkenaan sedang berteduh dalam khemah yang didirikan di laluan menghala masuk ke pusat bandar bagi kemudahan anggota keselamatan melaksanakan sekatan jalan raya di lokasi itu.

Menurutnya, hujan lebat berserta angin kencang menyebabkan bahagian bumbung khemah itu runtuh lalu menghempap anggota polis berkenaan mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira 6 petang tadi.

“Mangsa yang bertugas di Bahagian Kawalan Lalulintas JSPT Kuala Lumpur kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Zulkefly berkata, sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta mula dilaksana sejak 14 Okt lalu apabila PKPB mula dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.