`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 29, 2020

Sabah buka pusat kuarantin baru di Pusat Tahanan Sementara Sandakan

 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, Sandakan merekodkan 74 kes baru daripada keseluruhan 290 kes baru di negeri itu hari ini, di belakang Kota Kinabalu yang mencatat 90 kes. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) baru berkapasiti 500 katil dibuka hari ini di Pusat Tahanan Sementara Sandakan yang menempatkan pendatang tanpa izin.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata, dengan pembukaan PKRC baru itu untuk membendung penularan Covid-19, PKRC seluruh Sabah kini mempunyai 6,097 katil.

“Jumlah kapasiti katil di hospital Covid-19 adalah sebanyak 1,007 unit menjadikan keseluruhan 7,104 katil di PKRC dan hospital dan hanya 31.7% daripada jumlah katil itu digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 negeri ini.

“Sandakan merekodkan 74 kes baru daripada keseluruhan 290 kes baru Sabah hari ini, iaitu kedua tertinggi di belakang Kota Kinabalu yang mencatat 90 kes baru hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mencegah Covid-19 dalam kalangan penduduk Sandakan adalah pada kadar 98% iaitu ke-12 daripada 19 daerah di Sabah dengan tiga daerah mempunyai pematuhan tertinggi 99%, iaitu Kinabatangan, Sipitang dan Kota Belud. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.