`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, November 29, 2020

Benar pengeluaran Akaun 1 KWSP ‘berlebih’, Wong Chen beritahu Najib

 

Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata gesaan Najib Razak supaya membenarkan pengeluaran simpanan KWSP sebanyak RM10,000 akan menimbulkan kesan negatif jangka panjang kepada pencarum.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata, beliau membantah keputusan membenarkan rakyat membuat pengeluaran daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana pencarum tidak harus dibiar menggunakan simpanan persaraan untuk membantu diri mereka sendiri.

Dengan menyifatkan langkah itu sebagai “berlebihan”, Wong berkata, tugas kerajaan ialah menyelamatkan rakyat daripada krisis yang tidak pernah berlaku dalam tempoh 100 tahun lepas.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan bahawa lapan juta pencarum KWSP akan dibenarkan untuk mengeluarkan sejumlah RM70 bilion atau RM10,000 setiap orang daripada simpanan mereka pada 2021.

Dalam respons panjang lebar terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang menyokong langkah itu, Wong berkata, pembayaran KWSP berjumlah RM70 bilion itu adalah “lompatan yang terlalu jauh”.

“Saya bersimpati dengan nasib mereka (rakyat), tetapi lebih banyak keburukan daripada kebaikan akan berlaku dalam jangka sederhana dan panjang.”

Najib sebelum ini membayangkan bagaimana KWSP boleh menyediakan dana yang mencukupi tanpa perlu meminjam lebih banyak wang dengan mencairkan bon kerajaan yang dipegangnya.

Beliau juga mencadangkan beberapa cara lain lain untuk KWSP menggantikan dana yang digunakan untuk pengeluaran itu.

Wong berkata, beliau menghargai niat Najib dalam usaha membantu rakyat, tetapi beliau mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penyelesaiannya.

Beliau percaya membelanjakan wang untuk membendung pandemik pada akhirnya akan menyelamatkan ekonomi, bukan menambah perbelanjaan melalui pengeluaran KWSP.

“Keutamaan kedua ialah memastikan syarikat menerima subsidi upah yang mencukupi, dengan sekurang-kurangnya 50%, bukan 25% seperti sekarang, bagi memastikan pekerja dapat mengekalkan pekerjaan mereka dan memberi bantuan kepada mereka yang hilang pekerjaan dan berdepan kesukaran kerana keadaan hari ini.

Wong berkata, suntikan tunai melalui pengeluaran KWSP harus menjadi pilihan “ketiga” dan “terpencil”.

Wong menggesa kerajaan supaya mengkaji semula keutamaannya dan memindahkan RM19 bilion perbelanjaan pembangunan yang “besar” untuk disalurkan kepada kesihatan awam, vaksin, subsidi upah dan bantuan.

Beliau juga berkata, KWSP perlu terus melabur secara konservatif bagi memastikan dividen yang mantap.

Katanya langkah meminta dana persaraan itu melakukan pelaburan yang lebih berisiko adalah tidak bijak.

“Anda tidak boleh berbuat begitu kerana majoriti wang berasal daripada pencarum biasa yang bekerja keras. Adalah salah untuk mengambil lebih banyak risiko dengan wang hasil titik peluh mereka.”

Wong juga ragu bahawa penjualan bon kerajaan semata-mata boleh membiayai pengeluaran berjumlah RM70 bilion itu.

“Justeru saya sekali lagi tegaskan bahawa dasar pengeluaran RM70 bilion daripada KWSP adalah berlebihan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.