`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 29, 2020

Cara-Cara Menghabiskan Duit Tuan-Tuan



Ini adalah satu penjelasan dan pengakuan yang straightforward oleh Kadir Sheikh Fadzir. 

Tetapi soalan yang tidak disentuh oleh Kadir ialah dari mana datangnya semua duit yang digunakan oleh pemimpin UMNO untuk membeli undi dan kekalkan jawatan mereka?

Mereka tidak menggunakan duit mereka sendiri. 
Apa maksudnya 'duit mereka sendiri'? 

Duit mereka sendiri maksudnya duit yang mereka perolehi secara baik dan halal, melalui titik peluh mereka sendiri, daripada usaha kerja mereka dalam perniagaan, industri dsbnya. 

Tetapi seringkali bukan itu yang menjadi hakikat. Yang hakikat ialah duit yang mereka guna untuk beli undi dan kekalkan jawatan mereka adalah duit rakyat, duit kita yang mereka perolehi secara rasuah dan penyelewengan. 

Kita telah pun membaca persaksian mahkamah yang menceritakan bagaimana duit cash di hantar dalam beg kepada isteri pemimpin. Duit itu adalah rasuah daripada projek entah apa.

Suami dia pula dituntut saman oleh mahkamah lain untuk BAYAR CUKAI SAJA SEBANYAK RM1.6 BILLION.  Padahal dia pegang jawatan Menteri lebih kurang sejak 30 tahun. Di mana dia ada masa buat bisnes yang boleh dapat untung RM6 billion yang boleh menjana bayaran cukai RM1.6 Billion itu? (RM6 Billion x 27% cukai corporate tax = RM1.6 Billion). 

Jelas sekali semua duit itu adalah duit curi.

Tuan-tuan kita fokus sikit kira-kira bayar cukai tadi. Ini lebih kurang sajalah tetapi it is close enough. Orang Amerika kata 'It is a ballpark figure'. 

Kadar cukai korporat (corporate tax) adalah 27% ?? Jadi untuk menjana kutipan cukai RM1.6 b, sesebuah syarikat itu perlu meraih untung bersih atau net profit sebanyak RM6 billion. Baru boleh bayar cukai RM1.6 billion.

Tetapi untuk mendapat untung bersih atau net profit RM6 billion pula, sales atau penjualan tahunan sesebuah syarikat itu mungkin SEPULUH kali ganda ia itu RM60 billion. (Maksudnya net profit mereka adalah 10% lah).  

Tuan-tuan cuba fikir. Jualan sebanyak RM60 billion setahun itu boleh disamakan dengan pengeluaran 600,000 biji kereta Proton X50 yang baru. Tetapi pada tahun 2019 Proton hanya jual 100 ribu biji kereta (total) termasuk Proton Saga.

Maksudnya penjualan RM60 billion itu sama dengan hasil pengeluaran kilang Proton  untuk ENAM tahum. Jadi sebuah syarikat sebesar Proton dengan bilangan pekerja lebih 10,000 orang kena membuat dan menjual 600,000 biji kereta untuk tempoh ENAM tahun yang boleh menjana penjualan sebanyak RM60 billion yang kemudiannya boleh menjana net profit atau untung bersih (katakanlah 10%) sebanyak RM6 billion. 

Dan Kerajaan pula boleh kutip cukai 27% atau RM1.6 billion daripada net profit RM6.0 billion tadi.

Maka begitu banyaklah titik peluh, usaha, kerja keras, impot besi, impot enjin, buat kerja pasang siap 600,000 biji kereta, bayar gaji 10,000 pekerja, bayar EPF, bayar Socso, bayar sewa Proton showroom dan banyak lagi  sebelum Kerajaan boleh mendapat hasil RM1.6 Billion.  Tetapi dalam sekelip mata geng penyamun ini boleh curi duit kita RM1.6 billion masuk ke dalam akaun dia. RM1.6 billion duit rakyat (taxpayers money) untuk menampung satu keluarga penyamun sahaja.

Dan ikut Kadir Sheikh Fadzir dalam video di atas itulah budaya parti Umno buat sekian lama.  Mereka gunakan duit untuk beli undi dan kekalkan jawatan. Kadir kata jawatan Naib Presiden dan Timbalan Presiden pun boleh dibeli. Takkan jawatan Timbalan Presiden  boleh dibeli dengan harga RM500. Mesti dibayar berjuta Ringgit untuk membeli jawatan Timbalan Presiden. 

Kalau dia gunakan duit bapak dia untuk beli undi dan jawatan itu dia punya pasal lah. Kita tak ambil peduli. Tetapi yang dia gunakan adalah duit bapak kita. Duit kita. Bukan duit bapak dia.

Akhir kalam, yang bersalah sebenarnya adalah Tuan-Tuan juga. Tuan-tuan yang low IQ yang begitu mudah ditakutkan dengan hasutan Melayu akan hilang kuasa, Melayu akan hina, Melayu akan hilang ini dan itu. 

Last sekali kita melihat syarikat glove manufacturer 'menderma' RM400 Juta dengan rela kepada Kerajaan sebagai sumbangan mereka menyelamatkan nyawa rakyat negara kita daripada ancaman virus korona.  Dia derma RM400 Juta duit bapak dia. Bukan duit bapak kita.

Low IQ ke tak low IQ ke fikirkan-lah dengan sedikit mendalam ok.

The views expressed are those of the author and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.