`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Monday, November 30, 2020

Lelaki dengan 18 saman, tiada lesen memandu ditahan angkut pokok pisang guna kereta

 

Tangkap layar daripada klip video menunjukkan sebatang pokok pisang yang diangkut di bahagian belakang kereta dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun yang membahayakan pengguna jalan raya di Taman Mutiara Rini, dekat Iskandar Puteri Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU: Perbuatan seorang lelaki membawa sebatang pokok pisang menggunakan kereta sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain kelmarin, membongkar 18 saman trafik, termasuk 4 waran tangkap serta 10 saman tidak boleh dikompaun terhadapnya yang belum selesai.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu hadir di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri bagi memberi keterangan berhubung insiden pokok pisang pagi semalam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi menyelesaikan saman tertunggaknya.

“Dia juga dikenakan saman trafik atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan tidak sesuai,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kelmarin, tular satu rakaman video sebuah kereta Toyota Vios membawa sebatang pokok pisang secara melintang sehingga mengganggu trafik di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai di sini.

Mengulas kes itu, Dzulkhairi Mukhtar berkata, selepas rakaman video itu tersebar menerusi media sosial, polis menghubungi pemilik kereta itu yang berada di Singapura.

“Anak pemilik kenderaan itu hadir di balai memberi keterangan kelmarin dengan menyatakan kereta tersebut dipandu sepupunya yang membawa pokok pisang untuk tujuan upacara sembahyang di kawasan Mutiara Rini.”

Susulan itu, katanya, suspek hadir di balai polis untuk membantu siasatan pada 9.30 pagi Ahad yang membawa kepada pembongkaran pelbagai saman lampau tertunggaknya.

Beliau berkata, kereta itu turut disita di bawah Sekyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.