`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 9, 2020

Kenderaan terbakar, LDP sesak 10 km

 

Sebuah kenderaan terbakar di Kilometer 12.9 LDP di Petaling Jaya petang hari ini. Foto Ihsan Pembaca© Provided by Harian Metro Sebuah kenderaan terbakar di Kilometer 12.9 LDP di Petaling Jaya petang hari ini. Foto Ihsan Pembacahafidzul@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di isni, sesak kira-kira 10 kilometer selepas sebuah kenderaan terbakar di Kilometer 12.9 arah utara berhampiran sebuah pusat beli-belah, petang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 2.38 petang.

"Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dan Damansara kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi terdapat sebuah kenderaan jenis Renault terbakar di lorong kiri jalan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hafisham berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadam kebakaran berkenaan.

"Tiada mangsa terbabit dalam kejadian kerana berjaya keluar dari kenderaannya.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. - NST

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.