`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 9, 2020

PKPB: Pulau Pinang tutup taman rekreasi Bukit Dumbar, 2 empangan hingga 6 Dis

 

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang berkata, langkah penutupan sementara kesemua kawasan rekreasi di negeri itu adalah bagi mematuhi prosedur operasi standard PKPB.

GEORGE TOWN: Taman Rekreasi Bukit Dumbar serta 2 empangan, masing-masing di Air Itam dan Teluk Bahang di Pulau Pinang, ditutup kepada orang ramai bermula hari ini sehingga 6 Disember ini, susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan langkah penutupan sementara kesemua kawasan rekreasi berkenaan adalah bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

“Selain itu, pembukaan Empangan Mengkuang yang telah diperbesarkan, ditunda sehingga suatu masa yang akan dimaklumkan kelak,” menurut kenyataan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.