`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, January 13, 2022

2 lemas, 2 hilang selepas bot karam di Kunak

 

Anggota bomba melancarkan operasi mencari dua mangsa hilang dalam kejadian bot karam di Kunak. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat)

KUNAK: Dua mangsa lemas, manakala dua lagi masih hilang selepas bot dinaiki mereka karam di Pulau Tagabua, perairan Madai, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang tadi, bot terbabit dikatakan dinaiki empat individu dan setakat ini dua mangsa yang hilang gagal ditemui.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima makluman daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak pada 7 malam tadi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dan bot penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mengikut maklumat yang diterima, terdapat empat mangsa terlibat, namun dua mangsa lemas sudah ditemui orang awam.

“Dua lagi mangsa belum ditemui sehingga kini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bomba kini mengambil tindakan dan maklumat terperinci untuk membuka pusat kawalan tempat kejadian (PKTK).

Setakat ini, katanya, belum ada petunjuk mengenai lokasi mangsa dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.