`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 18, 2022

2 pemimpin MIC ‘berlaga’, SOP Thaipusam wajar dipuji atau dikecam?

 

Presiden MIC, S A Vigneswaran berbeza pendapat dengan Timbalannya, M Saravanan berhubung SOP ketat Thaipusam.

PETALING JAYA: Sambutan Thaipusam tahun ini mencetuskan pandangan berbeza antara dua pemimpin tertinggi MIC, dengan Presidennya, S A Vigneswaran menyokong prosedur operasi standard (SOP) ketat, manakala Timbalannya, M Saravanan mengecam SOP itu.

Saravanan yang menganggotai Kabinet sebagai Menteri Sumber Manusia, lebih lantang mengkritik langkah mengetatkan SOP sambutan itu oleh kerajaan.

Beliau memberi amaran kepercayaan masyarakat India terhadap kerajaan semakin terhakis akibat pelbagai kelonggaran diberikan kepada orang ramai di tempat awam, selain sambutan Thaipusam.

Berucap sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves, Saravanan mengingatkan rasa tidak puas hati kaum itu terhadap kerajaan menyumbang kepada kekalahan mengejut Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) 2018.

“Saya mesti merekodkan bahawa secara umum penganut Hindu di negara ini sangat tidak berpuas hati dengan keputusan ini (SOP kerajaan).

“Mereka bertanya kepada saya mengapa ribuan boleh pergi membeli-belah di Pavilion, tetapi kehadiran di Batu Caves adalah terhad. Akhirnya, kami kehilangan kepercayaan masyarakat India.”

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak pula menyifatkan SOP untuk Thaipusam terlalu ketat menyebabkan masyarakat India, khususnya penganut Hindu amat kecewa.

Beliau berkata, permohonan mendapatkan sedikit kelonggaran bagi menyempurnakan upacara ibadat ketika perayaan itu adalah munasabah dan boleh dilaksanakan tanpa menyebabkan penularan Covid-19.

Bagaimanapun, Vigneswaran, yang juga Duta Khas ke India dan Asia Selatan, mengambil pendirian bertentangan sambil menyifatkan penganut Hindu perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan.

Ia kerana, katanya, kerajaan memberi kelonggaran kepada penganut Hindu meraikan Thaipusam secara fizikal tahun ini dengan mematuhi SOP ditetapkan.

“Tahun lepas, langsung tiada apa-apa dibenarkan, tetapi kerajaan (tahun ini) membenarkan upacara yang diminta penganut Hindu untuk menunaikan kewajiban, cuma kavadi tidak dibenarkan kerana sukar untuk mengawal SOP kerana melibatkan orang yang ramai.

“Sekiranya dibenarkan, ia dikhuatiri membawa padah bukan sahaja kepada kaum India, tetapi semua rakyat. Jadi, kerajaan memberi kebenaran meneruskan perayaan, namun dengan kawalan ketat bagi mengelakkan penularan Covid-19,” katanya dipetik Bernama selepas menghadiri sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Sungai Siput.

Vigneswaran berkata, SOP disediakan kerajaan wajar menerima pujian kerana ia membolehkan Thaipusam diraikan dengan sempurna di seluruh negara.

“Ini menunjukkan kerajaan memang memastikan konsep Keluarga Malaysia untuk semua kaum dan diharapkan semua penganut mematuhi SOP semasa perayaan ini berlangsung dalam dua hari ini bagi memastikan sambutan tidak menyebabkan kluster dan sebagainya,” katanya.

Vigneswaran berkata, SOP disediakan kerajaan wajar menerima pujian kerana ia telah membolehkan perayaan Thaipusam berlangsung dengan sempurna di seluruh negara.

“Ini menunjukkan kerajaan memang memastikan konsep Keluarga Malaysia untuk semua kaum dan diharapkan semua penganut mematuhi SOP semasa perayaan ini berlangsung dalam dua hari ini, bagi memastikan sambutan tidak menyebabkan kluster dan sebagainya.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.