`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 27, 2022

3 maut kemalangan di Rompin

 

Kereta Proton Saga dinaiki mangsa dipercayai telah merempuh kereta BMW X1 dalam kemalangan di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin di Pahang awal pagi tadi. (Gambar Bomba)

KUANTAN: Tiga lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah kereta Proton Saga dinaiki semua mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh kereta BMW X1 di laluan bertentangan, di Kilometer 98.5 Jalan Kuantan-Segamat di Rompin, jam 4.26 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Kamarulzaman Jusoh berkata, setakat ini hanya identiti seorang mangsa dikenal pasti, iaitu Rizal Awing, 18, yang juga penduduk Orang Asli dari Kampung Kachong di Muadzam Shah, Rompin.

Dua lagi mangsa yang juga dipercayai keturunan Orang Asli adalah penumpang kereta Proton Saga dipandu Rizal.

“Kereta (Proton Saga) dinaiki mangsa dipercayai telah merempuh kereta BMW X1 yang dinaiki dua lelaki yang ketika itu dalam perjalanan dari Negeri Sembilan ke Terengganu.

“Kemalangan menyebabkan bahagian hadapan kedua-dua kereta remuk teruk dengan tiga mangsa yang maut di lokasi kejadian mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarulzaman berkata, pemandu BMW yang berusia 31 tahun cedera lutut kiri manakala penumpangnya berumur 37 tahun cedera ringan di bahagian dagu.

Kedua-duanya beralamat di Seremban, Negeri Sembilan.

Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.