`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 9, 2022

4 sungai di Johor masih paras bahaya

 

Jumlah mangsa banjir di negeri itu kekal tidak berubah iaitu 3,714 membabitkan 1,063 keluarga yang ditempatkan di 47 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pagi ini, menurut R Vidyananthan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Empat sungai di Johor masih merekodkan bacaan pada paras bahaya meskipun tidak berlaku hujan untuk tempoh beberapa hari selain jumlah mangsa banjir semakin menurun.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, empat sungai berkenaan ialah Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dengan bacaan 9.5m, Sungai Muar di Kampung Olak Sepam, Muar (3.35m), Sungai Muar di Panchor (2.44m) dan Sungai Muar di Bukit Kepong (4.9m).

“Satu sungai dikategorikan berada pada paras amaran iaitu Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat dengan bacaan 16.59m,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Vidyananthan berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu kekal tidak berubah iaitu 3,714 membabitkan 1,063 keluarga yang ditempatkan di 47 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pagi ini.

“Segamat merupakan daerah yang paling banyak PPS masih beroperasi iaitu 26 yang menempatkan 1,679 mangsa daripada 455 keluarga, diikuti Muar (10), Tangkak (sembilan) dan Batu Pahat (dua).

“Setakat ini juga tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.