`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 9, 2022

6 ‘mat rempit’ buat aksi ‘superman’ dicekup

 

Menurut polis keenam-enam penunggang lelaki berusia lingkungan 17 hingga 19 tahun itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PETALING JAYA: Polis menahan enam penunggang motosikal di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, di sini semalam, selepas melakukan aksi merbahaya dan berlumba sesama sendiri.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Mohd Nadzri Hussain berkata, Operasi Khas Samseng Jalanan oleh sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman itu berjaya menahan enam penunggang terbabit kira-kira jam 12.50 tengah hari.

Menurutnya, kumpulan terbabit dikesan melakukan aksi bersaing sesama sendiri, “superman”, menundukkan badan dan “zig-zag”.

“Polis telah menahan keenam-enam penunggang lelaki berusia lingkungan 17 hingga 19 tahun.

“Semua motosikal jenis Yamaha 135LC, Yamaha 125ZR dan Yamaha Lagenda 115ZR telah disita untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Nadzri berkata, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk bersiar.

Katanya, semua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.