`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 9, 2022

Tular video belasah rakan sampai pengsan, polis tahan 7 remaja lelaki

 

Kes akan disiasat dibawah seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam, menurut polis.

PETALING JAYA: Polis menahan tujuh orang remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh di Tapak Pasar Tamu, Pekan Kunak, Tawau, Sabah bagi membantu siasatan.

Makluman tersebut dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, susulan tular satu klip video pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja lelaki di media sosial.

Rakaman video berdurasi 28 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipegang daripada arah belakang sebelum ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh lima yang lain.

Aksi ganas itu turut dirakam oleh seorang individu lain dipercayai rakan kepada kelima-lima remaja terbabit.

Mangsa dilihat tidak sedarkan diri dipercayai akibat dicekik dari arah belakang oleh seorang daripada remaja terbabit dan keadaan mangsa tidak diketahui.

Malah apa yang lebih dikesali, semua yang terlibat seolah-olah tidak menghormati laungan azan sebaliknya terus memukul mangsa tanpa belas ihsan.

Difahamkan, kejadian berlaku pada awal Dis tahun lalu di kawasan Tamu Minggu berhampiran sebuah sekolah agama, sebelum ditularkan sejak tengah hari semalam.

Sehubungan itu, polis berkata kes akan disiasat dibawah seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.